Asal Usul Ayam Serama

Tiada catatan bertulis tentang asal usul ayam yang dikategorikan sebagai terkecil didunia ini. Namun begitu, Ayam Serama dikatakan merupakan hasil kajian dan penyilangan baka seorang peminat ayam dari Kelantan iaitu Wee Yean Een. Pada tahun 1971, beliau menyilangkan Ayam Kapan dengan ayam Modern Game Bantam.

Ayam Kapan dipilih kerana memiliki sayap lurus ke bawah. Manakala Modern Game Bantam memiliki postur badan tegap, leher panjang dan tertarik ke belakang menyerupai huruf S. Pada tahun 1973 Wee Yean Een menyilangkan keturunan pertama hasil kacukan antara ayam kapan dan Modern Game Bantam dengan ayam sutera (Silkie Bantams). Penyilangan baka tersebut akhirnya melahirkan ayam sutera berpostur badan kecil. Wee Yean Een nampaknya masih tidak puas dengan hasil persilangan tersebut. Beliau seterusnya menyilang keturunan kedua-dua ayam tersebut dengan Ayam Katik. Ayam ini mempunyai warna bulu yang cantik dan berkilat serta bentuk ekor yang berdiri tegak.

Pada tahun 1988, beliau akhirnya berhasil menghasilkankan ayam yang kurang dari 500 gram. Wee Yean Een memberi nama “Serama” kepada ayam berbadan mikro itu kerana ayam tersebut memiliki gaya dan penampilan gagah seperti Sri Rama iaitu watak hero dalam kisah Ramayana.

Namun begitu, kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Mungkin anda semua pernah mendengar versi lain.

About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: