Cara-cara Membiakkan Ikan Laga

LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina

Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor die panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.

LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang

Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasenya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.

Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr tuh.

Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.

LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai

Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Mana tahukan kot-kot yang jantan ganas. Senangla induk betina nak menyorok bila kena kejar. Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.

Ni la daun ketapang, tapi jangan letak yang masih hijau lak. Letak yang dah kering.

LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki

Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana yela..nama pun ikan laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah maknanya anda kena cari calon suami lain la untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan diorg dulu.

LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih

Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu. Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.

Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.

Ini la ritual bertelur

LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak

Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.

Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.

About these ads

76 Responses

  1. kalau ikan laga betina dah bertelur dan telah diasingkan…ikan laga jantan yang menjaganya kan?tapi kalau buih yang dihasilkan tu sikit sangat dan kurang membantu laga jantan bagaimana ye???

  2. Cite r pasal pemakanan anak ikan laga…, makan untuk anak ikan laga ni senang ke dapat dekat kedai ikan hiasan….

  3. sye x tahu nak dapat kan air hijau tu…di kedai ade x????…satu lagi….ikan betina nak dapat mana …sye x tahu…..ade jual x …sye nak cuba buat laa…huhu..tolong info ya..

    • Kalau xde air hijau pun xde mslh..ikan tetap membiak..kt sesetgh kedai biasenya ade..utk ikan betina lak..tuan blh cari kt kedai2 ikan..tp x byk kdai yg jual ikan betina ni..kalau nak mudah tuan blh order secara online je..lam mudah.my byk..blog2 jual ikan pun byk..cthnya piekybettahouse.blogspot..

      • klu bly scara on9 . sp nk antaq ikan 2 . ??

      • Penjual la antaq..biasa diorg gunakan 2 cara..pertama, courier je guna pos laju or nation wide..kedua, diorang kirim guna bas express..

  4. makanan slain air hijau lagi apa ye? klau cari air hijau susah lah kdai ikan pun jauh

    • lau ssh nk dpatkan air hijau..cuba dapatkan artemia..lg baik tumbesaran anak benih ikan laga…

      • kalo anak tu dad berusia 2 hari nak bg makan ape?betina kene asingkan?sy dah buat tapi makin hari makin skit anak yg tinggal.dalam 2 minggu abis semua..nape ye?

      • Yup..bila betina dh bertelur, kita kena asing n keluarkannya..tinggal yg jantan je dlm tu jaga telur n buih..anak benih yg dalam 2 hari blh bg artemia ataupun hancurkan mknan ikan n tabur dlm akuarium..

      • maslahnye anak2 tak bole hidup..tatau la ape lagi nak buat..

  5. sya & kwn sya dh berjaya mebiakkan ikan laga baru2x ni. wat masa ni anak2x ikan tu sikit je yg mati.
    kami kacukkan kampund dgn siam. xtau cantik ke x.

    • cuba la kacuk ikan laga jenis lain lak..plakat ke..halfmoon ke..seronok bila tgk anak2 ikan yg kita hasilkan sendiri..

  6. err,makanan untuk ikan laga dewasa n nak bagi apa ha ? takkan nak bagi pallet je. itupun ikan tu macam tak makan sangat TT.TT

  7. may i know how is the shape even size of the laga fish? dark purple is a male laga, is it?

    • Dark purple is not necessarily male. But as a usual, dark colour is a male. Simplest method to determine female or male is male will make foam and more agressive than female.

  8. so how about the size /shape/colour egg of the laga fish? and to have an egg, is it comes from a female laga? or male also can?

  9. kalau lepas ank2 ikan tu menetas nk asingkan juge k ank2 tu?manelah tau takut ank2 ikan tu gaduh same sendiri?

    • Anak ikan yg baru tetas tak yah asing lg..masa kecik diorg x gaduh lg..umo dalam sebulan ok la asing..nak asing berperingkat2 pun xpe..asing yg nampak agresif je dulu..

  10. hm. kalau betina kecik. jantan agak besar.. masih boleh dapat telur ye?

    • Xde masalah..tp jgn ketara sgt beza saiz diorg..mati yg betina kna belasah nnt..kalau yang jantan kecik dr yg betina pun xleh jugak..risau yg jantan kalah ngan betina lak..

  11. ertemia tu apa yer…..mana nak dapat

    • Zack..kalau berminat nak cari artemia sy bole tolong..msj sy, sy akan bgtau harganya..

      • ikan laga sy bru mengawan tengary tdi…dan suda bertelur dan diasingkan betina…boleh sy thu harga artemia…and boleh ke didapati di kdai ikan…sila hubungi saya 0179360315

  12. Mane nak cari makanan untuk ikan anak pelaga ?

  13. aliff..ikan laga ni makan sume ape yg muat dalam mulut dia..cuma waktu kecik je kene jaga skit..

    makanan anak ikan bole dapat di kedai ikan hiasan..mmg rasa nya takda masalah untuk dapatkan makanan tersebut..

    bole juga guna artemia, kosnya tinggi la skit tp mmg bagus untuk anak ikan yg baru lahir..

    kalo nak beli dari sy pun bole..sy boleh uruskan..

  14. time nk biakkan ikan laga ni, perlu x letak pam oksigen….??

  15. mcm mane nk tau ikan laga tu betina??

    • Betina biasanya lebih pudar n kurang agresif dari yang jantan. Tapi ada gak betina yg warna terang n agresif. Satu cara yg pasti adalah tgk bwh perut ikan tu..kalau ada biji, betina la tu..lagi satu yg betina x buat buih..

  16. klu anak ikan baru menetas ni terus bagi artemia mcm mane?

  17. blh tau,kalu da nampak telur, kna buang yg betina kn?cmne nk pstikan yg betina 2 da abis bertelur..

    • Biasanya proses bertelur ni x lama..dlm 10 – 30 minit je..salah satu cara nk pastikan betina dh hbs bertelur ialah yg jantan pasti akan halau yg betina jauh dr buih n telur..

  18. saya pernah cuba bagi darah lembu yang di keringkan sehingga berkeping dan dihancirkan sedikit untuk diberi makan, ikan laga jadi cepat besar. tp saya taktau apa sidi effect dia. kadang2 saya guna hati lembu yang di diblender dan dikeringkan sebagai makanan. ternyata ika cepat besar dan lebih cergas berbanding makan pallet.

  19. saya dah berjaya mengawankan ikan sy hingga bertelur. saya dh asingkan ikan betina, tp tgk telur2 dah xde, adakah ikan jantan akan simpan telur dalam mulutnya?

    • Ikan jantan x simpan telur dalam mulutnya..telur tu diletakkan oleh ikan jantan dalam buih..kalau telur tu jatuh ke dasar, ikan jantan akan kutip balik n letak semula dlm buih.

  20. kalau kita kacukkan ikan laga yang berlainan jenis boleh tak ia menghasilkan anak?……..

  21. berapa kali perlu tukar air untuk ikan pelaga nie?

    • Bergantung pada keadaan air la…kalau dah keruh sgt atau dah busuk…kena tukar la..sebab tu tak digalakkan letak pallet banyak..pallet yg tak habis mkn akan wat air cepat keruh dan busuk…bg sekadar cukup je utk ikan makan..

  22. saya nak cari pembiakan ikan pelaga lh!!

  23. kalau ir hijau tu nak beli kat mane ye?
    Ade jual ke tidak kat kedai ikan?
    Berapa harganya?

  24. benih ketutu untuk di jual
    saiz 4′ ke 8′
    call / sms
    0175297805

  25. camana nak tgk anak2 ikan tue ar

  26. bro camne nk beli artemia kt ko?..ape ringgit?

  27. saye bru agi dlm bdang ni,, kalo kite kacukkan ikan tu kaler lain2, pe yg akan jadi ekk???

    • Kalau kacukkan color lain2…anak yg keluar maybe akan ikut color bapak or ibu…ada yg ikut color bapak..ada yg ikut color ibu..ataupun marble, campuran kedua2 color bapak n ibu…

      • stu lagi problem la bro.. sye dah try nak biak ikan tu,, dah buat cam bro suh buat dah b4 campurkan ikan tu…tp ble ltak ikan tu dlam 1 bkas, c jntan asyik duk patuk betine je.. sparuh mati c btine tu skang…

      • Yeke..kalu gitu ko kena la cari induk jantan lain..ikan betina aku pun pernah mati dek penangan jantan yg ganas sgt..

  28. bro, kalo sirip ikan tu rosak kan, boleh pulih balik ke x?

    • Sirip yg rosak blh pulih tp susah skit..ko cuba letak daun ketapang..daun ketapang ni bkn je blh wat ikan sihat tp blh cepatkan pertumbuhan tisu ikan yg rosak.

  29. sya dh truk foam cup tu dia dh buat buih tpi knpe betine tu duduk bwh je mcm x nk kt jantan pon.waktu jantan kejar laju btul dia lri cm ne nk mengawan klo cm tu ??

    • Qayyum..ko dah letak betina lam bekas lutsinar yg jantan blh nmpak x sblum letak sekali lam tangki? Kalau ko dah buat camtu tp tetap x jadi gak..ada dua kemungkinan..betina ko blum matang or blum ready utk membiak.

  30. tlong jwb

  31. bro sy letak daun ketapang kering dlm tangki mengawan.. telur da jadi.. ibu da asing.. bapak pun da asing.. tapi air jd sgt2 kotor smpi x nmpk anak2 ikan.. tape ke? lagi 1 anak2 ikan sy bg mkn pellet bese je tapi dihancurkn..tape ke?

    • Takpe..takde masalah..cuma kalau keruh susah la kite nak tgk ank2 ikan..pellet biasa yg dihancurkan pun blh je bg mkn kt ank2 ikan cuma pgalaman aku..ank2 tu x byk yg idup..bg artemia byk ank idup.

  32. mcm mne nk tau masa………jantan n betina da wt ritual bertelur………………le jlas dgn terperinci……x………

  33. contoh……….sye da masuk betina n jantan waktu pagi……..mcm mne nk tau ritual bertelur da slesai……nk asingkan betina….tu kluar ltak bekas lain………….

    • Mudah je nak tahu betina da selesai btelur or x..pertama, ko kna tgk buih tu, da ada telur or belum..bila betina dah selesai btelur..si jantan akan berada bdekatan buih & telur..jantan akan jaga telur2 tu dan pastikan betina menjauhi telur2 tu..biasanya jantan akan kejar & halau betina.

  34. kalau x ade daun ketapang nk gne daun ape lagi ?
    kalau die x nk membiak jugak kene buat ape bro ?

    • Kalau takde daun ketapang pun takde masalah sbenarnya..kalau ko dah ikut langkah2 yg tertulis lam blog ni tp jd gak, maybe ikan yg ko nak biakkan tu tak sesuai..ko kena cari ikan lain la nmpak gayanya.

  35. terima kasih sgt2….. thankssssssssssssssssssss

  36. salam… bro,, lame ak x sggah sini… ak dah succes dah.. skang ank umo dlm semggu.. tq bro… mknan ap yg sesuai tok bdk2 tu bro?

  37. kenapee ikan lage sye kene kejar dgn ikn jantan?takut2 die nk lage ke?
    cam ne nanti ikan laga sye mati

    • Ikan jantan tu bukan dalam breeding mood kot..asingkan la dulu..try breed balik seminggu dua lg.

  38. bakpe kalau sye ikan betina,pas2 ikan tu bertukar jdi warne gelap???

    • *bakpe kalau sye letak ikan betina dngan ikan jantan,pas2 ikan bertina tu akan bertukar jdi warne gelap???

  39. samekom tuan punye bloog..nak 6bew fon bley…senang sikit nk tnye pasal ikan laga ny

  40. askum,nk tnya klau buih ikan jantan ckit,….bleh kew lpas kn ikan betina now???

  41. ade x sape2 kat sini pembele ikan lage dari melake?

Comments are closed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: