Pertandingan Ayam Serama Tarik Pelancong

KOTA BHARU – Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan akan menjadikan pertandingan ayam serama atau ayam katek sebagai produk baru pelancongan bagi menarik pelancong luar negara, khasnya negara jiran ASEAN ke negeri ini.

Pengurusnya, Ahmad Shukeri Ismail berkata, ia juga akan dijadikan acara tahunan selain pertandingan wau atau layang-layang peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, pertandingan ayam serama peringkat negara Asean itu akan diadakan pertama kali di tapak kekal Taman Orkid Tengku Anis, di Jalan Padang Tembak di sini pada 23 Oktober ini.

“Pada peringkat permulaan ini seramai 400 peserta memberi persetujuan menyertai pertandingan kecantikan ayam serama itu yang akan dikendalikan Persatuan Peminat Ayat Serama Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, antara negara ASEAN terbabit ialah Thailand, Singapura dan Indonesia selain peminat ayam serama dari Pantai Barat Semenanjung, khasnya Kuala Lumpur.

Katanya, pada pertandingan itu, peserta tempatan dan luar negara berpeluang didedahkan dengan maklumat mengenai keunikan haiwan itu serta teknik pemeliharaan agar boleh dijadikan industri penjanaan ekonomi jika dikomersialkan. – Bernama

Sumber

Kepada penggemar ayam serama, hadiah yang dijanjikan dalam pertandingan ini ialah

Pertama:RM400.00
Naib Johan:RM300.00
Ketiga:RM200.00
Keempat:RM150.00
Kelima:100.00

Saguhati 30% dari penyertaan Tilam Jaya.

Cabutan Bertuah: RM500.00 untuk 2orang yang bertuah
RM100.00 untuk 5orang yang bertuah
RM50.00 untuk 20orang yang bertuah
Narita untuk 20orang yang bertuah
MEGA BONAZA RM1000.00 UNTUK 2 ORANG YANG PALING BERTUAH

Hukum Pertandingan Ayam Serama

Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyertai pertandingan ayam serama, ada beberapa persoalan yang kita perlu teliti iaitu hadiah kepada pemenang diambil dari sumber mana? Wang penyertaan atau sumbangan/tajaan dari individu atau agensi? Ini kerana sumber hadiah menentukan halal haram pertandingan tersebut.

Hadiah pertandingan hasil kutipan yuran penyertaan hukumnya adalah haram kerana ia menyerupai pertaruhan. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM50, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu penganjur membeli hadiah untuk diberikan kepada pemenang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: “Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman”. (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya). Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak. Hadiah kepada pemenang yang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Oleh itu, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: “Kalau ayam kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Tapi kalau kamu kalah, tidak perlu beri apa-apa hadiah kepadaku.” Maksudnya dia menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

1. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.

2. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi dan sebagainya.

3. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak seperti solat dan sebagainya.

4. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Hukum Pelihara ayam Serama

Allah s.w.t. menjadikan haiwan, tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.

Sebagaimana FirmanNya  yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A’raf: 32).

Menikmati keindahan ayam serama tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.

Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda Rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.

Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana Nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.

Kesimpulan yang dapat aku buat berdasarkan ayat al-Quran dan Hadis diatas ialah.

Hukum membela ayam serama adalah harus selagi kita memberi makan minum yang secukupnya, menyediakan reban yang selesa dan tidak menyeksa mereka. Malah korang boleh dapat pahala sekiranya memuji-muji keagungan Allah s.w.t dalam mencipta ayam serama yang begitu unik, indah dan cantik tu.

Hukum membela ayam serama boleh menjadi haram sekiranya korang menyeksa ayam tu, tidak memberi makan agar ayam ringan dan hanya membela ayam serama bagi tujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain sehingga timbul riak. Membela ayam serama ni jugak jatuhnya haram sekiranya korang mengabaikan kewajipan korang kepada agama, diri sendiri dan keluarga..contohnya menghabiskan duit semata-mata nak beli ayam serama tapi keperluan untuk rumah dan anak-anak diabaikan. Aku kurang setuju sekiranya peminat ayam serama terlalu taksub untuk menghasilkan ayam serama seperti yang mereka inginkan contohnya meletakkan ayam serama dalam botol agar badan ayam menjadi tegap, memotong atau mengukir balung dan sebagainya untuk tujuan pertandingan.

Pemarkahan Pertandingan Kecantikan Ayam Serama

Salam semua..hari ni aku nak berkongsi dengan peminat ayam serama tentang skema pemarkahan pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama. Pada kebiasaannya, inilah pembahagian markah untuk pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama.

GAYA : 25%

TUBUH : 15%

EKOR : 15%

SAYAP : 5%

KAKI : 10%

KEPALA/BALUNG : 10%

WARNA : 10%

BULU : 5%

Markah gaya adalah yang paling tinggi kerana gaya la yang paling susah nak dapat. Kalau induk ok..tak semestinya gaya anak-anaknya ok. Gaya ni adalah seperti lonjakkan dada, mengibas sayap, cara berjalan semasa di atas meja pertandingan. Bagi kriteria-kriteria untuk setiap perkara tersebut, aku akan kongsikan pada masa akan datang.

Kategori Ayam Serama

Orang selalu memperkatakan tentang AYAM SERAMA ini berpandukan kepada kategori seperti SERAMA “A” , “B” maupun “C”. Ramai yang terkeliru dan ini banyak diambil kesempatan oleh para penjual SERAMA yang tidak AMANAH yang mengakui bahawa AYAM SERAMA yang mereka jual adalah dari kategori terbaik samada SERAMA “A” atau “B”.

Sebenarnya kategori SERAMA “A”, “B” mahupun “Z” sekalipun bukanlah satu kaedah yang tepat untuk mendefinasikan kategori AYAM SERAMA tersebut. Pembahagian kategori “A” atau “B” ini digunakan hanyalah sewaktu didalam satu satu pertandingan saja. Ianya digunakan untuk membezakan berat badan AYAM SERAMA itu saja. Malah kalau AYAM KAPAN itu sendiri pun sekiranya di “diet” kan akan melayakkannya dimasukkan kedalam kategori SERAMA “A” dimana berat yang kurang dari 360 gram. Sebab itulah kalau kita perhatikan disatu satu pertandingan tahap keupayaan AYAM SERAMA yang menduduki tempat pertama dengan AYAM SERAMA yang mendapat markah terendah adalah amat jauh sekali, lebih lebih lagi kalau pertandingan yang diadakan disebelah pantai barat ini. Ini semua berlaku kerana terdapatnya tuan punya AYAM SERAMA yang bukan AYAM SERAMA sebenar atau TULIN turut serta dan disebabkan berat ayam mereka kurang 360 gram maka dengan sendirinya ayam tersebut layak memasuki kategori SERAMA “A”.

Maka terlihatlah kita sewaktu pengadil mengadili pertandingan itu, terdapatnya ayam ayam serama yang tidak berupaya sama sekali beraksi. Samada ayam tersebut sibuk cuba turun dari atas meja pengadil atau pun ayam tersebut hanya kaku tanpa sebarang aksi, walhal ayam tersebut berada didalam ketegori SERAMA “A”.

Saya rasa perkara ini harus diambil perhatian khusus oleh pihak pihak tertentu didalam menilai atau mengkategorikan ayam ayam serama yang masuk bertanding mengikut kategori sebenar dan bukannya kategori mengikut berat ayam tersebut.

Daripada pengamatan dan soal selidik yang saya lakukan AYAM SERAMA ini bolehlah kita KATEGORIkan mengikut asal usul dan cara mana baka itu dihasilkan.

Disini saya lebih bincangkan kategori AYAM SERAMA dan bukannya AYAM KAPAN, KATIK dan yang sewaktu dengannya.

1. AYAM SERAMA BIASA / BHARA / SERAPAN :

Terbahagi pula kepada 2 bahagian -

1.a SERAMA KAPAL SELAM - Jenis ini adalah jenis yang paling teruk sekali, ianya tidak berupaya langsung untuk beraksi dan bila kita lihat ianya berjalan, keadaan badannya seolah olah seperti sebuah KAPAL SELAM …. merayap ajer !!!! Kalau dimasukkan kekategori AYAM KAPAN pun tidak boleh sebab bagi AYAM KAPAN pun ada kategorinya tersendiri. Saya tidak menggalakkan kepada peminat peminat baru untuk membeli serama dari jenis ini kerana bentuknya yang tidak menarik langsung untuk dijadikan haiwan kesayangan (PETS) ataupun untuk dijual bakanya nanti. Jenis ini sebenar adalah hasil dari kacukkan tanpa kawalan samada kacukkan SERAMA BIASA ini sendiri dengan AYAM KAPAN, KATIK ataupun AYAM HUTAN dan lebih teruk lagi kalau dengan AYAM KAMPUNG.

1.b SERAMA SEMI SUPER – Jenis ini adalah jenis yang paling banyak sekali dimiliki oleh peminat peminat ayam serama terutama di Lembah Klang. Kebanyakkan rumah rumah di Lembah Klang yang mempunyai AYAM SERAMA telah saya lawati memiliki serama dari jenis ini. Dan serama jenis inilah yang paling banyak sekali mewarni setiap pertandingan serama terutama disebelah pantai barat ini. Jenis ini mempunyai bentuk badan / aksi yang agak menarik dan bagi orang yang tidak pernah melihat aksi / gaya serama tulin bergaya, sudah pasti mereka akan mengatakan ayam tersebut adalah AYAM SERAMA sebenar. Kena pulak dengan berat badannya kurang 360 gram maka teruslah dikenali dengan panggilan SERAMA “A” …!!! Dari jenis ini jugalah kebanyakkan peminat peminat serama melatihnya untuk mendada, samada dengan cara memasukkannya didalam KOTAK I.S.A ataupun dengan cara melatih dari kecil lagi (** cara ini agak Brutal sikit !!). Memang diakui kebanyakkan dari jenis ini mempunyai warna yang amat menarik dan kebanyakkannya menyerupai SERAMA TULIN tetapi keupayaannya beraksi adalah terbatas. Bagi peminat peminat serama yang baru, saya galakkan mereka mencuba belajar membela serama dari jenis ini. Dengan harga yang berpatutan (**sepatutnyalah!!), bolehlah dipraktikkan segala ilmu serama itu pada serama jenis ini. Kalau berlaku sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan kematian (** minta minta tidak lah !!) tidaklah terasa ralat sangat, sebab kalau dari jenis SERAMA TULIN tu dengan harganya yang boleh mencecah menyamai harga sebiji Proton … kalaulah dibuatnya mati, mau meraung dibuatnya…hehehe !! Bila sudah cukup ilmu didada, barulah cuba berubah kejenis serama yang lebih canggih dan mahal.

Buat pengetahuan peminat peminat serama semua, kedua – dua jenis serama ini mempunyai kaitan darah / baka yang amat dekat dengan AYAM KAPAN atau KATIK mahupun AYAM HUTAN. Contohnya : – Pada awal kacukkan adalah antara AYAM SERAMA TULIN dengan AYAM KAPAN misalnya !! Anak yang dihasil akan dikawinkan sekali lagi dengan AYAM KAPAN dan begitulah seterusnya dan ianya berlaku berulang kali dengan cara berpatah balik kebelakang. Kedua – dua jenis ini juga mempunyai nafsu makan yang amat tinggi, kalau diletakkan semangkuk penuh dedak … jenis ini akan makan tanpa henti sehinggalah mangkuk itu kosong.

2. AYAM SERAMA SUPER :

Terbahagi juga kepada 2 bahagian -

2.a SERAMA SUPER TIDAK TULIN – Jenis ini mewarisi hampir 80 % ke 90 % sifat – sifat AYAM SERAMA sebenar. Keupayaannya beraksi dengan galak sekali tidak boleh dinafikan sama sekali. Banyak juga saya dapati pertandingan pertandingan yang diadakan telah dimenangi oleh serama jenis ini tetapi sekiranya pada hari pertandingan itu turut disertai oleh AYAM SERAMA sebenar, pasti kita akan dapat membezakan kekurangannya. Bagi peminat yang tidak berapa faham ataupun kurang menitik beratkan susurgalur darah sesekor SERAMA itu, jenis ini pun sudah amat hebat sekali. SERAMA SUPER TIDAK TULIN ini ujud adalah samada hasil dari kacukkan antara jantan dan induk diantara AYAM SERAMA TULIN dengan SERAMA SEMI SUPER. Selalunya kita tidak dapat mempastikan dengan tepat akan keturunan sebenar ayam dari jenis ini … kebanyakkannya adalah main agakkan situan punya sahaja. Tetapi kalau tuan punya sanggup melaku proses baikpulih semula, dalam masa 5 – 6 tahun … baka asalnya akan timbul semula !! Bagi jenis ini harga seekor anak boleh tahan juga mahalnya dan kadang – kadang boleh mencecah ribuan ringgit.

2.b SERAMA SUPER TULIN – jenis inilah yang sebenar – benarnya yang dinamakan AYAM SERAMA. Sikap, aksi, warna dan bentuk badan jenis inilah yang dinamakan SERAMA. Kalau dilihat akan aksinya kadang – kadang sampai kita sendiri tidak percaya dimana ianya seolah olah suka dipertontonkan oleh orang ramai. Lagi kita pandang, lagi ianya akan bergaya dengan bergoyang goyang menarik kepalanya kebelakang, sambil menarik narik dadanya kedepan dan kadang kadang tu siap berpusing pusing lagi. Sesetengah baka tu pulak siap dengan mengangkat kaki sebelah ketika beraksi. Sewaktu berada didalam keadaan biasa saja pun, ayam ini sentiasa berjalan secara mendada dan bulu tengkoknya akan mencecah ekornya. Harga ??? harganya amat tinggi sekali … bagi serama muda saja boleh mencecah belasan kepuluhan ribu ringgit !!! Tuan – tuan punya serama jenis ini akan melakukan ‘special selection’ terlebih dahulu bagi memilih anak – anak yang terbaik dan selebihnya barulah dijual. Bagi yang telah dipilih itu biasanya ianya tidak akan dijual sama sekali melainkan yang datang membeli itu orang yang betul betul rapat dengan situan punya serama. Bagi tuan punya serama jenis ini amat berhati hati didalam proses pembiakannya, mereka akan pastikan bahawa kedua dua serama itu dari darah yang sama tetapi bukannya dari pertalian darah adik beradik. Bagi peminat serama yang mempunyai duit yang berlebihan (banyak) .. mereka akan cuba mendapatkan baka jenis ini dari lapisan / keturunan keempat keatas. Ini adalah kerana bila sampai kelapisan keempat keatas … baka yang dihasilkan adalah amat hebat sekali aksinya. Pembiakan SERAMA SUPER TULIN ini dilakukan dengan beberapa cara seperti :

1. Pembiakan Dari BAKA YG SAMA – Contoh: JANTAN / INDUK baka Darah Hijau Mat Awang. Insyaallah anak yang dihasil selalunya akan menjurus kepada bentuk dan tingkah laku bapak & induknya. Selalunya cara ini dilakukan terutama jika aksi dan bentuk tubuh si bapak memang telah terpuji.

2. Pembiakan Dari BAKA YG BERLAINAN – Contoh : JANTAN baka Darah Hijau Mat Awang – INDUK baka Hussin 2000. Cara pembiakan ini dilakukan bagi mendapatkan bentuk dan aksi terbaru. Baka Darah Hijau mempunyai keistemewaan berdiri sambil mengangkat kaki sebelah sementara itu pula baka Hussin 2000 pulak mempunyai bentuk dada yg besar, jadi kalau digabungkan kedua dua baka ini maka diharap hasil yang keluar mempunyai ciri ciri kedua dua baka tersebut. Dalam erti kata lain, bagi webmaster, baka seseekor AYAM SERAMA itu amat penting sekali.

Jadi kalau kitakan SERAMA “A” “B” atau “Z” sekalipun, itu adalah hanya definasi – definasi yang digunakan semasa pertandingan. Ini dilakukan hanya untuk membezakan berat badan sesekor ayam serama tersebut tetapi bukannya untuk membezakan keupayaan, bentuk badan maupun gaya / aksi ayam itu sendiri. Webmaster harap, peminat peminat serama terutama yang baru menceburi bidang ini akan mendapat sedikit gambaran sebenar tentang kategori kategori AYAM SERAMA itu sendiri. Bagi mendapatkan keterangan lanjut bolehlah mendapatkan khidmat nasihat dari orang yang benar – benar pakar didalam bidang ayam serama ini.

Sumber

Fakta Ayam Serama

Fakta Ayam Serama

* Dipercayai berasal dari Kelantan.
* Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.
* Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun
* Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
* Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah
* Mempunyai kira-kira 2,000 warna
* Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
* Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
* Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.

Asal Usul Ayam Serama

Tiada catatan bertulis tentang asal usul ayam yang dikategorikan sebagai terkecil didunia ini. Namun begitu, Ayam Serama dikatakan merupakan hasil kajian dan penyilangan baka seorang peminat ayam dari Kelantan iaitu Wee Yean Een. Pada tahun 1971, beliau menyilangkan Ayam Kapan dengan ayam Modern Game Bantam.

Ayam Kapan dipilih kerana memiliki sayap lurus ke bawah. Manakala Modern Game Bantam memiliki postur badan tegap, leher panjang dan tertarik ke belakang menyerupai huruf S. Pada tahun 1973 Wee Yean Een menyilangkan keturunan pertama hasil kacukan antara ayam kapan dan Modern Game Bantam dengan ayam sutera (Silkie Bantams). Penyilangan baka tersebut akhirnya melahirkan ayam sutera berpostur badan kecil. Wee Yean Een nampaknya masih tidak puas dengan hasil persilangan tersebut. Beliau seterusnya menyilang keturunan kedua-dua ayam tersebut dengan Ayam Katik. Ayam ini mempunyai warna bulu yang cantik dan berkilat serta bentuk ekor yang berdiri tegak.

Pada tahun 1988, beliau akhirnya berhasil menghasilkankan ayam yang kurang dari 500 gram. Wee Yean Een memberi nama “Serama” kepada ayam berbadan mikro itu kerana ayam tersebut memiliki gaya dan penampilan gagah seperti Sri Rama iaitu watak hero dalam kisah Ramayana.

Namun begitu, kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Mungkin anda semua pernah mendengar versi lain.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.