Hadis Nabi 19

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.” (Riwayat Muslim)

Hadis Nabi 18

Daripada Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Penuhilah keperluan mereka (fakir dan miskin) pada hari (Aidilfitri) itu (agar mereka tidak meminta-minta).

Hadis Nabi 17

Abu Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa: Daku telah mendengar bahawa Rasulullah bersabda: “Puasa adalah sebagai perisai selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut”.

Hadis Nabi 16

Aisyah R.A. berkata: “Bahawa Rasulullah S.A.W. apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadan. Diramalkannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarga dan diikat erat kain sarungnya.”

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Hadis Nabi 15

Dari Ibnu Abbas R.A katanya: “Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan, dibawanya mempelajari Al-Quran. Maka Rasulullah S.A.W. lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.”

Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Nabi 14

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Hadis Nabi 13

Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:ā€Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.ā€ (Hadis Riwayat Muslim)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.