Jaga lidah & perkataan

”Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain”

Paling rendah darjat, nista

Siapa orang yang paling rendah darjatnya? Sokrates menjawab, “Orang yang tidak percaya pada sesiapa pun dan tidak dipercayai oleh sesiapa pun.” Dan siapakah orang yang paling nista? Sokrates menjawab,”Orang yang dimohon maaf tapi tidak mahu memaafkan.”

Kata-kata Imam Syafie

Jika ditanya orang sesuatu masalah, kadang-kadang saya diam tanpa berkata walau sepatahpun. Saya diam sehinggalah saya mengetahui yang mana lebih baik, diam atau bercakap.

Saya tidak pernah kenyang sejak berusia enam belas tahun kerana banyak makan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangkan kecerdasan, menumpulkan otak, membuat mengantuk dan melemahkan kemahuan untuk beribadat.

Takjub kepada diri sendiri

Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira kerananya.

- Sokrates -

Halangan

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.

Lakukan satu perkara dalam satu masa

Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa

-Samuel Smiles-

Nafsu, Akal & Hati

“Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.