Kasih Sayang

Janganlah sekali-sekali engkau mempercayai kasih sayang yang datang secara tiba-tiba, kerana ia akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba juga.

- Pythagoras -

Kalah tapi benar

Pilih olehmu menjadi pihak yang kalah tapi benar. Dan janganlah sekali-sekali engkau menjadi pemenang tetapi zalim.

- Pythagoras -

Aib orang

Lalat mencari dan menempel pada tempat-tempat kotor dan menjauhi tempat-tempat yang bersih. Begitu juga orang-orang yang jahat. Mereka mencari keaiban orang lain lalu menyebarkannya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikan orang lain serta tidak menyebutkannya.

- Sokrates -

Terlalu banyak berbicara

Malapetaka menimpa binatang selain manusia karena mereka tidak dapat berbicara, dan menimpa manusia karena mereka terlalu banyak berbicara.

- Sokrates -

Anda yg mana satu?

Insan berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu,insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peistiwa,insan berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain. Anda yang mana satu?

Tidak semua berjaya

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad-

Senyuman

Pelaburan yang paling menguntungkan ialah sebentuk senyuman dan perniagaan yang paling merugikan ialah secebis kejian yang anda cetuskan

Perubahan

Perubahan yang pling baik ialah perubahan dari dalam sebab itu kekal,perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan

Bodoh…

Bukan semua orang bodoh itu bodoh,sebenarnya dia bodoh kerana dia membenarkan dirinya untuk menjadi bodoh

Sahabat

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.