Cara-Cara Membiakkan Budgie

LANGKAH PERTAMA : KENALPASTI JANTINA BUDGIE

Cara paling mudah untuk mengenali jantina burung budgie adalah kenalpasti warna ‘cere’ atau senang ckp hidung la. ‘Cere’ berasal dari perkataan latin dan selain dari burung dari keluarga parrot, burung seperti helang dan merpati juga mempunyai ‘cere’.

Budgie Jantan matang mempunyai cere yang berwarna biru terang atau purple. Semasa muda cere mereka berwarna pink atau biru muda. Lihat gambar di bawah.

Budgie betina mempunyai cere yang berwarna coklat semasa berada dalam breeding condition, manakala mempunyai cere yang berwarna putih kebiruan sekiranya tidak berada dalam breeding condition. Ni contoh budgie betina.

LANGKAH KEDUA : SEDIAKAN AVIARY YANG SESUAI

Jika hendak mula membiak budgie. Selain nestbox, budgie yg hendak dibiakkan mestilah berasa selamat. Wujudkan suasana selamat agar burung itu rasa lebih terjamin dan membolehkan budgie cepat membiak. Budgie sangat ganas dan agresif bila mula bersarang. Budgie betina terutamanya akan bergaduh berebut nestbox dan ada kalanya menyebabkan kecederaan serius.

Nestbox boleh didapati dikedai-kedai Pets dan boleh dibuat sendiri menggunakan sabut kelapa yang telah dibuang tempurung.

Continue reading

Perbezaan English dan Normal budgie

Saiz badan adalah yang paling mudah utk membezakan English dari normal budgie. English mempunyai saiz badan yg lebih besar iaitu hampir 2x ganda dari normal budgie.Kepala yg lebih besar. Bulu mask dan jendul nya lebih tebal dan panjang dari budgie biasa. Lebih dikenali dgn lionhead.

Harga English Budgie rm100 – rm300 seekor manakala budgie biasa cuma rm25 -rm40 seekor.

Namun di Malaysia ramai orang menyebut Budgie A, Budgie B dan Budgie C. Sebenarnya pengelasan A,B atau C tak wujud bagi budgie. Sistem pengelasan ini sebenarnya ditiru dari sistem pengelasan ayam serama, jadi hanya di Malaysia je kita akan dengar Budgie kelas A,B dan C.

Warna Budgie

Warna Asas

Budgie cuma ade dua ketogori warna asas iaitu putih dan kuning. Budgie asas kuning biasa mempuyai bulu biru pada badannya menghasilkan warna hijau. Budgie asas putih juga mempunyai bulu biru tapi cuma menghasilkan warna biru sahaja.

Fakto Penggelap

Faktor penggelap menyebabkan warna budgie menjadi lebih gelap. hehehe.. Bagi budgie hijau yg tiada faktor penggelap dipanggil Normal Green, 1 faktor penggelap dipanggil Dark Green dan 2 faktor penggelap dipanggil Olive.

Budgie biru yg tiada faktor penggelap dipanggil Sky Blue, 1 faktor penggelap dipanggil Cobalt dan 2 faktor penggelap dipanggil Mauve

Faktor Kelabu

Sama seperti faktor penggelap, faktor kelabu ibarat warna kelabu dispray atas warna asal budgie tersebut.  Budgie hijau akan kelihatan hijau kekelabuan manakala budgie biru kan lebih nampak jelas warna kelabunya. Di bawah adalah gamabr budgie yg mempunyai faktor kelabu.

Faktor Ungu

Satu lagi warna tambahan pada warna asas. Faktor ungu senang dikesan pada budgie biru tetapi sukar pada budgie hijau. Budgie biru yg ade faktor ungu kelihatan lebih terang dgn warna yg lebih menonjol kebiruannya.

Lutino & Albino

Budgie ini cuma ada warna asas sahaja sama ada putih atau kuning. Lutino warna kuning dan Albino warna putih. Mudah untuk dikenalpasti pada matanya yang bewarna merah.


Opaline

Opaline ialah mutasi pada belang budgie. Budgie opaline belangnya terbalik menjadikan belang hitam lebih nipis dan belang putih lagi nampak tebal. Budgie yg normal (tidak opaline) mempuyai belang hitam kunig/puith pada leher dan kepak. Budgie yg opaline mempunyai warna hijau atau biru boleh dilihat pada bahagian leher dan kepak. Opaline nampak berkepala cerah

Spangle

Spangle mempunyai corak belang yg terbalik..Pada kepak budgie biasa belangnya ialah hitam dgn putih sedikit dihujung tetapi spangle hanya ade belang putih atau kuning dgn hitam sedikit dihujung.

Sumber: Blogspot Budgie Breeder Malaysia

Burung Budgie?

Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.