Hadis Nabi 18

Daripada Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Penuhilah keperluan mereka (fakir dan miskin) pada hari (Aidilfitri) itu (agar mereka tidak meminta-minta).

Hadis Nabi 17

Abu Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa: Daku telah mendengar bahawa Rasulullah bersabda: “Puasa adalah sebagai perisai selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut”.

Hadis Nabi 16

Aisyah R.A. berkata: “Bahawa Rasulullah S.A.W. apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadan. Diramalkannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarga dan diikat erat kain sarungnya.”

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Hadis Nabi 15

Dari Ibnu Abbas R.A katanya: “Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan, dibawanya mempelajari Al-Quran. Maka Rasulullah S.A.W. lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.”

Hadis Riwayat Bukhari

Hadis Nabi 14

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Hadis Nabi 13

Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis Nabi 11

“Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!” (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)

Hadis Nabi 10

Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)

Hadis Nabi 9

Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta’ala berfirman: “Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga mahupun terlintas dalam hati manusia (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari Anas)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.