Ikan Laga / Sepilai : Nostalgia

Kalau bercerita pasal ikan laga ni..teringat zaman mase budak-budak dulu..balik je dari tabika bukannya balik ke rumah terus, tapi tuju ke baruh (paya) untuk cari ikan sepilai. Zaki yang juga sepupu aku adalah teman setia aku dalam melakukan projek penangkapan ikan sepilai ni..heheh. Kat kampung aku dulu memang banyak ikan sepilai. Ada dua jenis, ikan sepilai dan ikan sepilai karim (hahah..mane dpt nama pun aku tak tahu). Yang aku minat adalah dari jenis sepilai kerana warnanya lebih terang dan mempunyai pelbagai warna. Ada hijau, biru & hitam. Sisiknya pula berkilat dan yang lebih penting lagi, lebih agresif dan kuat. Memang tujuan kitorang tangkap ikan laga dulu adalah untuk dibuat berlaga tapi takdela sampai mati. Hanya untuk suka-suka dan jauh sekali untuk bertaruh. Yela..time tu budak-budak lagi. Ikan ni memang kuat, kadang-kadang berlaga sampai 15 minit pun masing-masing taknak mengalah. Jenuh jugak menunggu.

Ikan Sepilai Karim pula tidak secantik ikan sepilai. Warnanya lebih pudar dan kurang agresif berbanding ikan sepilai. Kalau berlaga pun memang tak lama. Jadi aku memang jarang la tangkap dan bela ikan sepilai karim. Kalau aku bela pun biasanya takkan lama. Ikan ni cepat mati.

Ikan sepilai ni biasenya menjadikan paya cetek yang paras-paras atas buku lali yang mempunyai banyak rumput sebagai habitat. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan dari pemangsa dari bawah dan atas. Dari bawah adalah ikan haruan dan dari atas adalah burung raja udang.

Antara tanda-tanda sahih lokasi ikan sepilai adalah wujudnya buih-buih kecil setompok di celah-celah rumput atau daun kering. Satu tabiat ikan ni ialah membuat buih2 dengan mulutnya. Kita akan lihat jika kita ada bela ikan sepilai dalam botoi atau dalam akuarium. Berdasarkan cerita orang, warna buih lagi karat, lagi lawa ikannya. Betul atau tidak aku pun tak pasti. Tapi kalau ikut lojik, buih karat tu sebenarnya buih lama. Bila buih lama, dah tentu ikan pun dah tua dan matang. Ikan yang dah matang sudah tentu lebih lawa berbanding ikan muda.

Biasanya, jika ada buih tu paling kurang boleh dapat seekor, kalau tak 2 atau 3 ekor sekaligus bawah buih tu. Mesti dapat ikan jantan yang gelap, lawa dan bukan dari spesis karim. Buih tu sebenarnya, ikan jantan yang buat. Bila ikan betina bertelur, ikan jantan akan tolak telur masuk dalam kelongsong buih tu. Kalau ada yang jatuh, dia akan tolak balik kasi masuk. Yang menjadikan ikan jantan dari kawasan buih tu lawa2 pasal dia tengah kawal kawasan itu.

Kalau nampak kelibat ikan tu, kena cepat sauk dengan tangan. Macam cara nak ambik air sembahyang nak basuh muka tu la. Kalau yang belum pro, pakai la penapis plastik kat rumah masing2. Masa tu, nak guna mana berani minta izin pinjam kat mak masing2. Jadi kena “curi-curi pinjam”. Tapi lepas pakai kena basuh betul2 sampai bersih la. Kalau tak alamatnya kena sengkeh la.

Biasanya kena bawa alatan penting perburuan, termasuk botol kaca atau plastik bertangkai. Botol kaca elok yang jernih, macam botol cuka. Bila dapat ikan, buh dalam tu, sekali dengan air paritlah. Maka terserlahlah segala aksi renang ikan sepilai yang memusin-musin kelilin botoi, penuh bergaya.

Ikan sepilai ni spesis ikan laga (fighting fish). Satu botol satu ikan. Kalau buh 2-3 ekor dalam satu botoi, alamat ada yang rabit ekor atau sirip. Ada yang terkeluar sisik. Paling malang, ada yang cedera atau mati.

Tentang makanan ikan sepilai, ni macam-macam boleh. Aku dulu biase bagi jentik-jentik. Bagi nyamuk, cacing kecil, semut, telur kerengga, biskut yang dilumatkan pun boleh.

Satu keunikan ikan sepilai ni ialah dia jenis anabantoids, bermaksud depa boleh bernafas melalui organ unik dipanggil labyrinth. Sebab tu depa dapat survive dalam kawasan berair yang kurang oksigen yang boleh membunuh lain-lain jenis ikan; macam bendang sawah, parit yang airnya kurang mengalir dan juga lopak londang.

6 Responses

  1. SAYA NAK IKAN SEPILAI SEBAB WARNANYA CANTIK.

  2. ikan sepilai ni kat mana yer nak dapat, bukan jenis yg biasa di jual skrg ni…ada satu jenis..sebelah johor di panggil tempala, berwarna biru pekat, ekor panjang dan bersaiz lebih besar dari ikan laga liar yang ada. jika sapa2 boleh bagitau kat mana boleh dapat tolong mesej kat sini yer…tq.

    • kt negeri lain aku x pasti sekarang ni ade x lg..kalau kt terengganu ade lg..biasa ikan ni duk kt paya2 yg air cetek yg byk rumput..ikan ni akan duk dan bersarang kat celah2 rumput..

  3. kmpg kwe byk ikan laga..setiu ganu

  4. kalau dijohor pgl ikan pelaga…bwrna hjau ada jgk yg wrna merah…aku dlu tngkp dgn memencing je pkai lidi..tali benang je xpkai mate kail.cume ikat je cacing2 dgn benang..rekod aku pnh dpt pnjang dlm 4inci..jarang ada ikn bsar mcm2…cun gilee wa ckp luu…..tp skrg dh susah nk cari ikn2….

Comments are closed.

%d bloggers like this: