Perbezaan English dan Normal budgie

Saiz badan adalah yang paling mudah utk membezakan English dari normal budgie. English mempunyai saiz badan yg lebih besar iaitu hampir 2x ganda dari normal budgie.Kepala yg lebih besar. Bulu mask dan jendul nya lebih tebal dan panjang dari budgie biasa. Lebih dikenali dgn lionhead.

Harga English Budgie rm100 – rm300 seekor manakala budgie biasa cuma rm25 -rm40 seekor.

Namun di Malaysia ramai orang menyebut Budgie A, Budgie B dan Budgie C. Sebenarnya pengelasan A,B atau C tak wujud bagi budgie. Sistem pengelasan ini sebenarnya ditiru dari sistem pengelasan ayam serama, jadi hanya di Malaysia je kita akan dengar Budgie kelas A,B dan C.

%d bloggers like this: