Lindsay makin selekeh di penjara

HOLLYWOOD: Lindsay Lohan dikhabarkan mungkin keluar dari penjara dalam keadaan tidak terurus kerana selama di penjara dia tidak dibenarkan untuk berdandan sama sekali.

Menurut sumber penjara wanita Lynwood di California, Lindsay hanya dapat membersihkan diri ketika di bilik air penjara yang mempunyai ruangan sempit dan kotor. Bilik air itu juga tidak mempunyai cermin panjang, apalagi pengering rambut.

Kakitangan penjara juga dikatakan tidak sabar menunggu Lindsay dibebaskan kerana pelakon Mean Girls ini sering menjadi tumpuan pihak media walaupun ketika di penjara.

Mereka dikatakan berasa rimas dengan tindakan media yang sering mencungkil maklumat sepanjang pelakon berusia 24 tahun itu menjalani hukuman.

Menurut jurumekap dan pendandan rambut Lindsay, mereka sudah dihubungi pengurus Lindsay supaya bersedia mendandan pelakon itu sebaik dia dibebaskan.

Sementara itu Lindsay dilaporkan menerima sebanyak 250 keping surat daripada peminatnya setiap hari sepanjang di penjara.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan membaca 20 keping surat bagi dua sesi dalam sehari. Pelakon itu juga perlu memulangkan semula kiriman yang sudah dibaca bagi mendapatkan kiriman yang baru. Semua baki kiriman daripada peminatnya akan diberikan selepas dia keluar dari penjara kelak.

Ibu Lindsay, Dina berkata, dengan membaca surat peminat sekurang-kurangnya dapat menenangkan pelakon itu berikutan dia tidak diberi kemudahan telefon bimbit untuk menghubungi keluarga atau rakannya.
Lindsay yang sudah menjalani 11 daripada 90 hari hukuman dijangka bebas pada minggu hadapan.

Sumber

%d bloggers like this: