AirAsia Catat Rekod Dunia

AirAsia kini semakin mengorak langkah dengan mencatat rekod dunia dengan jualan lebih 500,000 tempat duduk pada hari pertama kempen Mind Blowing Fare yang dilancarkannya. Ini berikutan kempen yang menawarkan tambang RM1 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Berikut merupakan berita yang dipetik daripada Berita Harian Online yang bertajuk AisAsia Rekod Jual Lebih 500,000 Tempat Duduk.

AIRASIA Bhd, pengendali penerbangan tambang murah terbesar Asia mencatat rekod dunia dengan jualan lebih 500,000 tempat duduk pada hari pertama kempen Mind Blowing Fare yang dilancarkannya.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata AirAsia menjual 538,000 tempat duduk pada hari pertama kempen yang menawarkan tambang RM1 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Katanya, syarikat penerbangan itu turut mencatatkan jualan tempat duduk tertinggi dalam sejam dengan 36,871 tempat duduk, naik 47.5 peratus berbanding rekod sebelumnya 25,000 tempat duduk.

Kejayaan menjual lebih setengah juta tempat duduk dalam promosi yang berlangsung menunjukkan sistem tempahan baru kami stabil dan mampu mengendalikan jualan besar-besaran dengan cekap.

Pelaburan AirAsia dalam sistem baru ini jelas berbaloi dan menerusi New Skies ini ia berjaya merevolusikan tempahan dalam talian, katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Promosi kempen Mind Blowing Fare yang berlangsung itu menawarkan kadar tambang RM1 untuk tempahan dari 10 hingga 15 Ogos 2010, iaitu bagi perjalanan antara 1 April hingga 11 Ogos 2011.

Aku berharap AirAsia terus mengorak langkah dan sentiasa menawarkan harga yang terendah kerana ini mampu memberi kemudahan kepada semua masyarakat.

%d bloggers like this: