Lagi Kes Tetak

Apa nak jadi ntah ngan dunia sekarang. Selisih faham sikit nak tetak..nak kelar..sembelih. Tetak orang macam tetak pokok pisang. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan? Mungkinkah manusia di zaman serba canggih dan teknologi ini semakin hilang sifat perikemanusiaan?

Semalam seorang warga emas terbunuh akibat ditetak kerana berlaku salah faham dengan jirannya. Dan sebelum ini kita ada dengar tentang seorang remaja India yang mengelar leher rakannya. Ikuti berita yang dipetik daripada Sinar Harian.

Warga Emas ditetak Terbelah Muka

KLANG – Gara-gara tidak berpuas hati dengan jiran sebelah, seorang pemilik bengkel sanggup menetak mati seorang warga emas di bahagian muka dan lengan dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Jalan Betek, Pelabuhan Klang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Teo Chai Hock, 70, dikatakan baru pulang dari berjoging. Bagaimanapun ketika sedang memarkir motosikal, suspek yang sedang mencantas pokok bunganya dikatakan terus meluru ke arah mangsa dan menetaknya dengan parang secara bertubi-tubi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisiner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa ditemui dalam keadaan muka di bahagian kanannya terbelah dan lengannya sudah terkulai.

“Mangsa yang cedera parah mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk bedah siasat.

“:Isteri mangsa sempat melihat insiden itu, namun tidak berdaya untuk membantu suaminya kerana uzur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

:Mohamad berkata, siasatan menunjukkan kejadian disebabkan salah faham antara mangsa dan suspek sejak setahun lalu.

:“Suspek berusia 60 tahun itu kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Pelabuhan Klang selepas kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.

:Sementara itu, saksi kejadian yang juga seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah berdekatan, M Ramayte, 29, berkata, ketika kejadian berlaku, dia berada di luar kawasan sekolah dan melihat suspek yang sedang mencantas dahan pokok tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa yang baru turun daripada motosikalnya.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, saya lihat mangsa cuba menepis dengan tangan tetapi gagal.

“Apa yang saya nampak muka mangsa terbelah dan darah keluar memancut-mancut sebelum dia rebah atas jalan dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui semalam.

Ramayte berkata, dia yang takut terus melarikan diri masuk ke dalam kawasan sekolah kerana bimbang suspek melihat dan menyerangnya pula.

Menurutnya, dia kerap melihat mangsa bergaduh dengan suspek sejak bekerja di sekolah berkenaan kira-kira tiga bulan lalu.

%d bloggers like this: