Dengarlah Luahan Hati Haiwan

LEMBU
Sedap-sedap jer korang kata bodoh cam lembu ye?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cam kambing ker ayam ker…

IKAN HARUAN

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang korang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan..kan… kan..


KERA
Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee… manis sikit!


KAMBING

Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh… kata aku tak mandi… tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, Ini tak ADIL

MURAI

Elehhhh… apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie…?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR… .Tu pompuan-pompuan tu lagi la… mulut dorang lagi bising kalau membebel..


YANG NI TAK PERLU DIPERKENALKAN….
Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh!

One Response

  1. semat gilo la luahan hati animal-animal nie..
    hehe^^

Comments are closed.

%d bloggers like this: