Kegunaan Tulang Sotong untuk Budgie

Apa tulang sotong (cuttlebone) dan kenapa budgie korang perlukannya?

Tulang sotong sebenarnya bukanlah tulang, ia lebih kepada rangka dalam bahagian sotong dan tidak keras seperti tulang. Ia mengandungi kalsium dan mineral lain yang baik untuk kesihatan budgie korang. Selain tulang sotong, blok-blok mineral jenis lain juga boleh digantikan dengannya.

Selain bagus untuk kesihatan budgie dan pembentukan telur, tulang sotong juga menjadi alat untuk budgie bermain. Tulang sotong juga adalah sebagai alat senaman rahang bagi budgie korang. Kepada yang duduk dekat ngan pantai, korang boleh cari je tepi-tepi pantai. Ada banyak. Korang juga boleh mendapatkan tulang sotong ni dikedai-kedai Pets. Cubalah, budgie korang pasti sukakannya.

About these ads
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: