TRAGIS… polis mengusung mayat mangsa keluar dari rumah.
Seorang isteri maut manakala dua anaknya parah apabila ditetak oleh suaminya yang amuk kira-kira jam 5.15 pagi ketika umat Islam sedang bersahur. Suspek juga akhirnya maut kerana ditembak polis apabila cuba menyerang polis menggunakan parang dan pisau kira-kira jam 8.30 pagi. Kejadian ini berlaku di Teluk Intan, Perak.
Jiran mangsa memberitahu bahawa arwah dan suaminya memang sering bergaduh kerana suaminya mempunyai masalah mental. Arwah pernah mengadu pada jirannya itu bahawa penyakit suaminya semakin teruk akhir-akhir ini. Al-Fatihah buat arwah. Semoga dicucuri rahmat.
Advertisements
Filed under: Berita | Tagged: isteri maut ditetak suami, mangsa amuk, masalh mental, Sahur berdarah, suami bunuh isteri |