Bayi 10 Bulan Seberat 20kg

Seorang bayi di China yang berusia 10 bulan memiliki berat sama seperti seorang kanak-kanak normal berusia enam tahun.

Berat bayi yang bernama Lei Lei itu mencecah 20 kilogram (kg) dan dia turut digelar Michelin Baby yang merujuk kepada maskot pengeluar tayar terbesar dunia dari Jerman yang bertubuh besar.

Menurut ibu bayi itu, Cheng Qingyu, anaknya mempunyai berat badan normal ketika dilahirkan namun disebabkan selera makan yang tinggi berat badannya bertambah sejak dilahirkan.

Lei Lei ketika ini berada di sebuah hospital di wilayah Hunan selatan China, yang merupakan tempat dia menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti punca beratnya bertambah. – Agensi

Sumber

%d bloggers like this: