Benarkah Daging Mc Donald Tidak Halal?

Salam..pagi tadi aku ada menerima email yang berbunyi Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!

Malam tadi baru je terfikir nak makan burger Mac Donald selepas berbuka. Tapi dek kerana penat, rasa malas la plak nak pegi beli. Tup tup dapat lak email ni pagi ni..Nampak gayanya kena tunggu keterangan JAKIM dulu la. Email yang aku dapat ni agak panjang dan disini aku telah ringkaskan dan cuma nak kongsi bukti yang disertakan dalam email tu.

Bukti Pertama: http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN. -Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.

Bukti Kedua: Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Dikatakan juga pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010.

Memandangkan e-mail ini dah mula tersebar luas, aku harap pihak JAKIM atau mana-mana pihak yang bertanggung jawab tampil untuk menjelaskan perkara ini dengan segera. Kalaulah benar daging Mac Donald ni tak halal, aku harap pihak JAKIM dapat uar-uarkan perkara ni dalam media secepat mungkin agar semua umat Islam tak kira la dalam Malaysia atau luar Malaysia tahu. Tahu-tahu sajalah..apa yang kita makan akan jadi darah daging.

%d bloggers like this: