Fadilat dan Rahsia 13 Rukun Solat

Salam semua..harap korang semua sejahtera hendaknya. Hari ni aku nak kongsikan ngan korang tentang Fadilat dan Rahsia 13 Rukun Solat. Mungkin dah ramai yang tahu. Tapi takpelah..hanya untuk peringatan bagi yang dah tahu dan panduan bagi yang belum tahu.

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T..

%d bloggers like this: