Hukum Pelihara ayam Serama

Allah s.w.t. menjadikan haiwan, tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.

Sebagaimana FirmanNya  yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A’raf: 32).

Menikmati keindahan ayam serama tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.

Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda Rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.

Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana Nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.

Kesimpulan yang dapat aku buat berdasarkan ayat al-Quran dan Hadis diatas ialah.

Hukum membela ayam serama adalah harus selagi kita memberi makan minum yang secukupnya, menyediakan reban yang selesa dan tidak menyeksa mereka. Malah korang boleh dapat pahala sekiranya memuji-muji keagungan Allah s.w.t dalam mencipta ayam serama yang begitu unik, indah dan cantik tu.

Hukum membela ayam serama boleh menjadi haram sekiranya korang menyeksa ayam tu, tidak memberi makan agar ayam ringan dan hanya membela ayam serama bagi tujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain sehingga timbul riak. Membela ayam serama ni jugak jatuhnya haram sekiranya korang mengabaikan kewajipan korang kepada agama, diri sendiri dan keluarga..contohnya menghabiskan duit semata-mata nak beli ayam serama tapi keperluan untuk rumah dan anak-anak diabaikan. Aku kurang setuju sekiranya peminat ayam serama terlalu taksub untuk menghasilkan ayam serama seperti yang mereka inginkan contohnya meletakkan ayam serama dalam botol agar badan ayam menjadi tegap, memotong atau mengukir balung dan sebagainya untuk tujuan pertandingan.

%d bloggers like this: