Mati Melambung Angkara Mercun

Atas : Rumah ni la yang dijadikan stor menyimpan mercun yang meletup dan mengorbankan seorang kanak-kanak

Bawah : Tempat mayat tersangkut

Sedih dengar berita tentang seorang budak berusia 6 tahun yang mati dengan mayatnya tersangkut kat atas pokok setinggi 15 meter selepas rumah yang dijadikan stor untuk menyimpan mercun dan bunga api meletup. Kejadian ni berlaku di Chabang Tiga, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun pula cedera parah dipercayai tercampak ke tanah di bahagian depan rumah berkenaan yang roboh akibat letupan kuat yang dikatakan boleh didengar sehingga sejauh 4 kilometer. Seorang saksi berkata kanak-kanak itu, Khairul Arif Ayub, ditemui tersangkut di atas pokok, kira-kira lima meter dari belakang rumah berkenaan dengan kepalanya hancur dan badan hampir berkecai.

Jadi aku nak nasihatkan la korang, awasilah anak-anak dari bermain mercun atau bunga api. Kemalangan boleh berlaku dengan sekelip mata tanpa kita duga.

3 Responses

  1. nak wat camner

Comments are closed.

%d bloggers like this: