Mercun Oh Mercun

Mercun dan Bunga Api Bagai Tradisi

Mercun dan Bunga Api seolah-olah tidak boleh dipisahkan daripada Hari Raya. Bermain mercun dan bunga api menjelang musim perayaan bagaikan satu tradisi bagi masyarakat kita. Bila masuk aje Ramadan, kita akan mendengar bunyi letupan-letupan mercun ni di kawasan rumah kita. Macam-macam bunyi, ada yang kuat dan ada yang perlahan. Kita juga boleh nampak, orang ramai terutama peniaga akan ambil peluang untuk menjual mercun dan bunga api. Mana-mana kita pergi pun dalam bulan Ramadan ni, pasti kita akan terserempak ngan penjual mercun dan bunga api. Kat kedai runcit ada, bazar ramadan ada, malah kat tepi-tepi jalan pun ada. Yang lagi parah, ada budak-budak sekolah yang menjual mercun di sekolah.

Ops Kamikaze

Bekalan untuk dapatkan mercun ni terlalu mudah, banyak, mana-mana pun ada. Macam mana kita nak elakkan anak-anak dari bermain mercun? Memang la depan kita diorang tak main sebab takut kena marah. Tapi belakang kita..?

Macam-macam usaha dah kerajaan buat untuk mencegah penjualan dan penyeludupan mercun dengan melancarkan Ops Kamikaze. Dalam operasi ni jangan korang tak tahu lak..orang yang bermain mercun pun boleh ditangkap dan boleh didakwa memiliki mercun.

Peranan Ibu Bapa

Pada pandangan aku, langkah utama bagi mengelakkan kanak-kanak dari bermain mercun ialah ibu bapa. Ibu bapa perlu berperanan mengawasi anak-anak mereka daripada bermain mercun, jangan korang lak yang belikan. Kalau nak sangat main sebab anak-anak dah mengamuk dan nangis2 sebab nak main mercun atau bunga api, korang beli la mercun atau bunga api yang paling tidak bahaya. Tapi ingat..jangan biarkan diorang bermain sendirian. Korang yang kena awasi.

Kalau korang sayangkan anak-anak, nasihatkan la diorang sal bahaya mercun dan bunga api ni. Aku rasa korang lebih rela diorang menangis sebab tak dapat mercun daripada diorang menangis sebab putus tangan atau mata buta kena mercun. Tunjuk kat diorang berita-berita yang memaparkan kemalangan-kemalangan yang melibatkan mercun ni. Banyak dah kejadian yang berlaku baru-baru ni. Yang dah maut pun ada.

%d bloggers like this: