Pesawat Terhempas di China: 42 Terbunuh

BEIJING 25 Ogos – Seramai 42 orang daripada 96 penumpang terbunuh dalam tragedi kapal terbang terhempas di timur laut China semalam yang disifatkan sebagai kemalangan paling buruk negara itu.

Pesawat Henan Airlines itu dilaporkan terhempas di kawasan berdekatan dengan lapangan terbang Lindu di bandar Yinchun sebuah pekan kecil di wilayah Heilongjiang pada pukul 10.10 malam waktu tempatan.

Ketua polis wilayah Heilongjiang, Sun Bangnan berkata, 42 mayat telah dijumpai ketika ini di sekitar kawasan pesawat malang itu.

Manakala 49 lagi mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan dimana tiga daripadanya mengalami kecederaan serius. – Reuters

Sumber

%d bloggers like this: