Burung Hantu Kepala Terbalik

Sekali pandang seolah-olah burung hantu ni patah leher atau cacat. Tapi sebenarnya, ia bukan patah patah leher atau cacat tetapi seekor burung hantu di AS yang gemar menterbalikkan kepalanya. Selesa agaknya buat macam tu…hehe.

Telatah burung hantu yang nakal itu dirakamkan oleh seorang jurugambar hidupan liar AS, Rob Palmer di Colorado. Burung hantu berusia enam minggu itu turut dirakamkan cuba mengejutkan adik beradiknya yang sedang tidur.

Ia mendekatkan kepalanya seolah-seolah mahu memberi ciuman pada adik beradiknya. Memang jenis nakal ni..🙂

%d bloggers like this: