Keluarga 4 Remaja Simbah Cat ke atas Surau Minta Maaf

SEREMBAN: Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di sini, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.

Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu, pagi ini.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata, beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

p/s: Aku harap kejadian seumpama ni takkan berlaku lagi. Takut nanti jadi isu perkauman lak. Memang tak puas ati bila dengar berita masjid tempat kita beribadat diperlakukan macam tu. Tapi kita biarkan saja pihak berkuasa yang tentukan, jangan kita bertindak melulu. Nanti makin parah. Ibu bapa mereka pun dah mintak maaf.

%d bloggers like this: