Koma di Pukul Polis

Surat khabar pagi ni melaporkan terdapat seorang remaja koma selama tiga hari akibat kecederaan parah pada kepala selepas didakwa dipukul oleh seorang anggota polis menggunakan sebatang kayu pada 20 Ogos lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi, Muhammad Raimie Riduan, 15, dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya dengan membonceng motosikal yang ditunggangi rakannya di Kampung Galang, Pulai Chondong dekat sini selepas keluar minum.

Dia kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini dan menerima berpuluh-puluh jahitan. Bapanya, Riduan Zawawi, 43, mendakwa, sebelum sampai ke rumah, mereka terserempak dengan beberapa anggota polis yang membuat sekatan jalan raya. “Menurut rakan anak saya, mereka berdua tidak memakai topi keledar dan membuat pusingan U untuk mengelak daripada ditahan.

Sekadar peringatan kepada anggota polis..walaupun geram sangat janganlah sampai belasah pesalah jalanraya sampai macam tu sekali. Kepada pengguna jalanraya plak..kalau polis nak tahan tu..janganlah lari atau melawan..anggota polis hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab diorang. Takut terjadi kes macam ni la..berlakunya tindakan luar kawalan ataupun berlaku kemalangan masa nak lari tu.

%d bloggers like this: