Gadis 14 Tahun Setinggi 2.06 Meter

RIO DE JANEIRO – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Brazil memiliki ketinggian 2.06 meter sekali gus menjadikannya antara remaja paling tinggi di dunia. Ketinggian remaja itu, Elisany Silva terus meningkat pada kadar 0.l5 meter setahun disebabkan sejenis penyakit tumbesaran tetapi keluarganya tidak mampu untuk membiayai kos perubatan anak mereka bagi menghalang ketinggiannya.

Bercakap dari rumahnya di negeri Para, Elisany memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan bahawa dia tidak dapat pergi ke sekolah kerana tempat duduk bas terlalu kecil untuk dirinya.

“Di rumah juga sukar. Apabila saya leka, kepala saya akan terhantuk pada siling rumah,” katanya.

Elisany berharap dia dapat menggunakan ketinggiannya untuk menjadi seorang model fesyen yang berjaya. Remaja perempuan itu tinggal di sebuah rumah kecil bersama beberapa saudara perempuan dan ibunya, Ana Maria Silva serta bapa tirinya, Luiz Jorge.

%d bloggers like this: