Sekolah Untuk Remaja Mengandung

Dengar-dengar cerita..akan datang kerajaan akan buka sebuah sekolah untuk remaja yang mengandung anak luar nikah. Sekolah pertama akan dibuka di Melaka dan bakal menerima kira-kira 30 pelajar bermula 16 Sept. ini..

Langkah ini dilancarkan berikutan meningkatnya kes remaja mengandung anak luar nikah dan akhirnya berhenti sekolah. Ada antara mereka yang membuang bayi mereka selepas dilahirkan. Tahun ni saje dah lebih 50 bayi yang dijumpai terbuang. Sebahagian besarnya telah meninggal dunia.

Dengan adanya sekolah seperti ini..diharap kes buang bayi dan kes menggugurkan janin berkurangan. Sedih sangat-sangat bila dengar berita bayi dibuang dan ditemui mati kat tong sampah, tepi longkang, tepi sungai dan sebagainya.

%d bloggers like this: