Tupai Lawan Pedang

MARIKH – Tiga ekor tupai dilihat sedang berlawan menggunakan pedang laser. Kejadian ini dikatakan berpunca daripada perebutan kawasan. Pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan pergaduhan berpunca daripada perebutan teman wanita untuk musim mengawan akan datang. Seekor saksi yang juga seekor burung belatuk berkata, pergaduhan itu berlarutan selama 3 hari 3 malam. “Pergaduhan ini agak sengit..masing-masing tak nak mengalah..mereka hanya berhenti sekejap untuk buang air” katanya ketika ditemubual. Bagaimanapun menurutnya lagi, ketiga-tiga tupai itu akhirnya menemui ajal pada hari ke-4 mereka berlawan kerana keletihan dan kebuluran.

%d bloggers like this: