Mati Terikat

Lagi kes bunuh. Seorang warga emas bukan sahaja ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat pada kaki katil malah mukanya tersembam ke lantai selepas disamun dalam kejadian di Kampung Tebuk Permatang Raja, Pantai Remis, Taiping kelmarin.

Mayat Esah Rejab, 64, juga ditemui tanpa pakaian dan hanya dibaluti sehelai selimut oleh jirannya yang juga pemilik rumah yang disewa mangsa pada pukul 4.10 petang tertiarap di depan pintu bilik tidur.

Esah tinggal bersendirian di rumah itu selepas suaminya seorang bekas anggota tentera meninggal dunia tahun lalu.

Menceritakan semula penemuan itu, ketua kampung, Musa Mustafa, 58, berkata, semua barang dalam rumah termasuk set gigi palsu mangsa berselerak akibat digeledah penjenayah.

Sumber

%d bloggers like this: