Ustazah dan Anak di Bunuh

Kenapa la manusia sekarang kejam sangat. Tergamak bunuh seorang wanita dan anaknya yang tidak berdaya. Akhbar hari ini melaporkan seorang ustazah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir bersama anak lelakinya ditemui mati di dalam bilik air dengan kepala kedua-dua mangsa dibungkus dengan kain sarung di tingkat satu rumah flat di Jalan Sutera Lama semalam. Kejadian ni berlaku di Port Dickson.

Mayat Norliza Ishak, 35, bersama anaknya, Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, ditemui oleh rakan sekerjanya iaitu guru Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini pada pukul 10 pagi.

Mayat kedua-dua beranak yang menyewa di flat tersebut ditemui dalam keadaan terlentang dengan kaki dan tangan masing-masing diikat. Kepala kedua-dua mangsa pula dibalut dengan kain sarung.

Yang lebih menyedihkan, mereka sepatutnya naik bas pada malam ini untuk beraya di kampung.

%d bloggers like this: