Bakar Sahabat Kerana Rokok

SUSPEK: David Barker

UMUR: 25 tahun

STATUS: Bujang

MANGSA: Robbie Thomson, 17 (ketika kejadian)

TARIKH KEJADIAN: 26 Mac 2009

FAKTA JENAYAH: Akibat berang rakan tidak membayar hutang rokok, Barker membunuh Thomson dengan menikamnya 11 kali di dada, kemudian membakar mayat untuk melupuskan bukti. Polis Perthshire, Scotland mendapati ada kemungkinan Barker membunuh Thomson untuk mengelak jenayah rogolnya terbongkar. Mangsa berkemungkinan boleh menjadi saksi utama kes berkenaan

FAKTA KES: Pada Julai hingga Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Dundee mengesahkan Barker bersalah atas tuduhan membunuh Thomson serta beberapa jenayah lain, antaranya mencuri, membawa senjata berbahaya, mengedar dadah, menculik dan merogol. Dalam dakwaan kes merogol, Barker terlepas daripada tuduhan kerana kekurangan bukti. Pada 22 September ini, Mahkamah akan mengumumkan hukuman atas kesalahan bunuh yang dilakukan Barker, termasuk beberapa jenayah lain yang disabitkan bersalah

Sumber

%d bloggers like this: