Dapat 5 Saman Dalam Sejam

SETIU – Sikap memandang mudah seorang pemandu bas ekspres terhadap undang-undang jalan raya memakan diri sendiri apabila dia dikenakan lima saman hanya dalam tempoh sejam dalam satu operasi penyamaran oleh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.

Saman atas pelbagai kesalahan itu dikeluarkan menerusi operasi khas yang dilakukan sempena Ops Sikap ke-22 bermula dari terminal bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini sehingga ke Stesen Penguat kuasa JPJ Air Sejuk di sini.

Pemandu berusia 62 tahun itu didapati memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta melanggar lampu isyarat.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, ketika lelaki itu ditahan, dia dengan selamba mendakwa tidak menyedari melakukan kesemua kesalahan tersebut.

P/S: 5 saman dalam sejam. Maknanya dah RM1500 kan? Waa..banyak tu. Kalu sedekah kat rumah kebajikan dan rumah anak yatim kan bagus. Dapat la diorang wat persiapan raya. Besar pahala tu.

Sumber

%d bloggers like this: