Pengorbanan Ibu

Korang tengoklah pengorbanan sotong kurita gergasi pacific ni. Sanggup korbankan nyawa demi anak-anak. Kalau korang nak tahu, sotong kurita ni hanya mengawan sekali dan akan mati selepas tu. Ibu sotong kurita akan sentiasa menjaga telur di sarangnya tanpa meninggalkannya..tanpa makan..Selepas telur-telur tu menentas, ibu sotong tu dah boleh pergi. Tapi ia tidak pergi dan akan mati di situ kerana tidak mahu meninggalkan tempat yang telah menjadi saksi pengorbanannya.

A mothers ultimate sacrifice from Koos du Preez on Vimeo.

Korang tengoklah..haiwan pun sanggup berkorban demi anak-anak. Takkan kita sebagai kalifah di muka bumi ni..yang dikurniakan akal fikiran tidak boleh menyayangi dan mengasihi darah daging kita sendiri. Aku memang tak leh nak terima bila dengar kes buang bayi dan kes dera kanak-kanak. Sedih dan sakit ati…

Kepada anak-anak plak, hormatilah dan sayangilah ibu & ayah korang. Mereka dah banyak berkorban untuk membesarkan korang. Tanpa diorang, korang tak ada pada hari ni..

%d bloggers like this: