Iklan Raya TV3 ditarik Balik

Iklan raya kat TV3 ditarik balik kerana dikatakan menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini. Iklan Sinari Lebaran tu mula disiarkan pada 2 September lalu.

Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata. Saksikan iklan tu kat bawah ni.

P/S: Terlajak perahu boleh diundur..terlajak bicara buruk padahnya..terlajak siarkan iklan yang menyentuh sensitiviti timbulkan kemarahan orang..rugi pun rugi..

%d bloggers like this: