Lelaki Terendah di Dunia

Edward Nino Hernandez (24 tahun), warga Colombia baru sahaja disahkan secara rasmi sebagai manusia hidup yang terendah di dunia oleh Guinness World Records. Nino hanya berukuran 27 inci (70 cm) dan berat hanya 22paun (10 kg).

Dia dikatakan berhenti membesar sejak berumur 2 tahun. Rekod manusia paling rendah sebelum ini dipegang oleh He Ping Ping daripada China yang mempunyai ketinggian 1.5 inci (4 cm) lebih daripada ketinggian Nino. Ping Ping telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu.

Namun begitu, rekod ini dijangka akan diambil alih oleh Khagendra Thapa Magar daripada Nepal yang akan berumur 18 tahun pada 14 Oktober ini yang mempunyai ketinggian 22 inci (56 cm) yang juga pemegang rekod Guinness sebagai remaja paling rendah di dunia.

%d bloggers like this: