Ibu Muda disangka Kakak


LONDON – Ibu paling muda di Britain, Kahtleen Moss berharap anak perempuannya, Georgia Moss, 12, tidak mengulangi kesilapannya, lapor Daily Mail semalam.

Dia yang kini berusia 25 tahun, menggemparkan masyarakat Britain apabila melahirkan anaknya itu semasa baru berusia 12 tahun pada 1988 dan sehingga kini ramai menyangka mereka sebagai adik-beradik.

Kathleen hamil setelah kehilangan dara kepada seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun di dalam sebuah karavan di Wales Utara dekat sini.

“Apabila Georgia berumur 12 tahun pada Jun lalu, ia mengembalikan banyak nostalgia. Sukar mempercayai saya menjadi ibu pada usia itu. Saya tidak mahu anak saya ada teman lelaki. Dia perlu memasuki universiti sebelum mahu bercinta atau berkeluarga,” tambahnya. – Agensi

Sumber

%d bloggers like this: