Paris Hilton Mengaku Miliki Dadah

LAS VEGAS 21 Sept. – Paris Hilton semalam mengakui dia memiliki kokain di dalam dompetnya dan mengaku bersalah atas dua tuduhan kesalahan kecil yang berpunca daripada penangkapannya bulan lalu di sebuah hotel kasino di sini.

Dia akan menjalani tempoh percubaan selama setahun dan mengelak daripada disabit atas kesalahan jenayah di bawah syarat rayuan yang dipersetujui bersama pendakwa raya.

Pewaris empayar Hilton itu mengaku bersalah memiliki dadah dan menghalang seorang pegawai melaksanakan tugasnya.

Hilton, 29, perlu menamatkan satu program penyalahgunaan dadah, membayar denda berjumlah AS$2,000 (RM6,400) dan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam. – AP

Sumber

%d bloggers like this: