Indonesia Larang Calon Amah ke Malaysia

JAKARTA – Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar semalam melarang calon pembantu rumah pergi bekerja di Malaysia sehingga pemerintah republik itu mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru penganiayaan terhadap amah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lalu.

Kejadian itu, katanya, menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi.

“Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.

Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.

P/S: Ok jugak tu..aku pun kasihan bila dengar dan tengok diorang kena dera. Datang nak cari rezeki..tapi bala yang jumpa..

Sumber

%d bloggers like this: