Rakyat Indonesia Ancam Halau Duta Malaysia

Baru aje nak reda krisis antara Malaysia ngan Indonesia, dah panas balik. Ni gara-gara sepasang majikan yang mendera pembantu rumah dari Indonesia baru-baru ni. Tapi adilkah diorang mengutuk Malaysia dan semua rakyat Malaysia disebabkan segelintir rakyat negara ni yang bersalah? Lagipun korang pun tahu sape punya angkara tu..aku taknak komen lebih-lebih, risau timbul isu yang bertentangan ngan konsep 1 Malaysia lak. Tambah-tambah lak ngan kes bunuh Dato’ Sosilawati. Buat rakyat Indonesia, kami rakyat Malaysia juga benci kekerasan serta kezaliman dan berharap pesalah tu dikenakan hukuman yang sewajarnya.

JAKARTA 22 Sept. – Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan di Malaysia.

Berang dengan kes terbaru membabitkan rogol dan dera terhadap seorang pembantu rumah Indonesia, mereka mengepung kediaman Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan mendesak beliau meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari.

Mereka juga mengancam untuk merayau-rayau di sebuah gedung membeli-belah berdekatan dan mengarahkan mana-mana rakyat Malaysia yang dijumpai supaya pulang ke Malaysia.

“Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Jika tidak, kami akan mengeluarkan semua barang di rumahnya.

“Malaysia sudah melampau. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pembantu rumah kami. Kami sudah hilang sabar. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya,” kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.

Penunjuk perasaan melaungkan ‘rakyat Malaysia kurang ajar’, menyanyikan lagu kebangsaan dan membawa sepanduk dengan mesej ‘Ganyang Malaysia’.

Tambah Mustar, anggota Bendera akan menghalang rakyat Malaysia yang berbelanja di pusat beli-belah Senayan City agar tidak berada di Indonesia dan keluar dengan segera.

Sumber

%d bloggers like this: