Main Kutu Haram di Malaysia?

Biar betul? Main kutu haram di Malaysia..Setahu aku kalau dulu, main kutu ni memang popular dikalangan makcik-makcik di kampung. Dan aktiviti main kutu ni lebih kurang menyimpan aje. Takde untung pun. Ketua yang bertindak pegang duit pun tak dapat untung. Macam mane boleh diharamkan lak? Ni aku ulas sikit cara main kutu yang asal.

Main Kutu ini cara asalnya, adalah menyimpan duit secara berpakat atau berjemaah. Biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil antara 6 – 12 orang agar pengumpulan dana dapat dibuat dalam keadaan terkawal, tanpa sebarang penipuan. Seorang ahli daripada kumpulan tersebut akan dilantik sebagai Pemegang Amanah yang akan mengumpulkan kesemua duit caruman dari setiap peserta dan menyerahkan wang terkumpul kepada peserta yang sudah ditentukan, mengikut sistem giliran yang adil. Sebagai contoh, dari bulan januari (1) hingga disember (12), ada 12 lot disediakan. Kesemua 12 peserta akan ditentukan giliran mereka (bulan mana mereka terima duit), samada secara undian atau booking. Contohnya kalau tiap2 bulan diorang simpan RM100. Setiap orang dapatlah RM1200 bila tiba giliran masing2.

Aku rasa yang haramnya adalah money game. Asasnya macam main kutu gak. Antara format money-game yang paling kerap dianjurkan adalah “Anda beri duit kepada 5 peserta kami, kemudian anda pulak suruh 5 peserta lain, beri duit kepada anda, dan suruh mereka ulang proses ini sampai minima 5 – 7 level “. Yang ni atas usaha masing2. Sapa yang rajin banyaklah dapat duit. Tapi sistem ni sama jugakla ngan sistem piramid. Yang atas lagi untung.

Inilah berita yang aku petik dari Kosmo! Online sal pengharaman kutu ni..

KUALA LUMPUR – Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

“Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

“Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

%d bloggers like this: