Berinteraksi dengan Makhluk Asing

KUALA LUMPUR – Jika terbukti wujudnya makhluk asing di angkasa lepas, bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, (gambar) bakal menjadi orang pertama akan berkomunikasi dengan entiti berkenaan.

Interaksi itu boleh dilakukan sekiranya hidupan lain di galaksi berjaya disahkan secara saintifik.

Tanggungjawab itu diberi kepada Mazlan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Menurut laman web berita utama Australia, http://www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.

Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.

Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.

P/S: Agak-agaknya bahasa apa la yang digunakan untuk berhubung nanti ye.. 🙂

Sumber

Dua Guru ditahan Anjur Pesta Seks

BOILING SPRINGS, Carolina Utara -Dua guru berumur 40-an di Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan hukuman penjara sepuluh tahun selepas mereka menganjurkan pesta seks, dadah dan ganja pada musim panas untuk remaja, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara remaja yang menyertai pesta seks di rumah didiami dua guru itu, Sarah Lindsay, 42, dan Audrey Grabarkiewicz, 44, berumur 11 tahun.

Kedua-dua guru itu ditahan di sebuah penjara di sini selepas ibu bapa mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa pada Julai lalu.

Menurut para penyiasat, Grabarkiewicz turut mempunyai hubungan seks dengan beberapa remaja pada parti itu.

Lindsay yang merupakan guru Sekolah Rendah Boiling Springs didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang remaja berumur di bawah 14 tahun. – Agensi

Sumber

PTPTN: Potong Gaji Wajib Mulai 2013

SINTOK – Pelaksanaan skim pemotongan gaji wajib menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin dilaksanakan pada tahun 2013.

Skim itu bagaimanapun hanya membabitkan pelajar yang mula mendapat pinjaman tahun ini manakala bayaran balik untuk peminjam lama masih mengikut kaedah sedia ada.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, skim itu memerlukan kajian serta rundingan sehingga pertengahan tahun depan sebelum ia dibentangkan ke Kabinet untuk kelulusan.

Katanya, jika ia dilaksanakan, pelajar baru yang telah mula mendapat pinjaman PTPTN tahun ini akan diberi terus nombor fail cukai oleh LHDN.

“Ini bermakna apabila pelajar tamat pengajian dan bekerja mulai 2013, bayaran pinjaman dijelaskan menerusi potongan gaji,” jelasnya pada sidang akhbar selepas mengadakan program ziarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) serta jamuan Aidilfitri di sini semalam.

Sumber

Rakyat Indonesia Ancam Halau Duta Malaysia

Baru aje nak reda krisis antara Malaysia ngan Indonesia, dah panas balik. Ni gara-gara sepasang majikan yang mendera pembantu rumah dari Indonesia baru-baru ni. Tapi adilkah diorang mengutuk Malaysia dan semua rakyat Malaysia disebabkan segelintir rakyat negara ni yang bersalah? Lagipun korang pun tahu sape punya angkara tu..aku taknak komen lebih-lebih, risau timbul isu yang bertentangan ngan konsep 1 Malaysia lak. Tambah-tambah lak ngan kes bunuh Dato’ Sosilawati. Buat rakyat Indonesia, kami rakyat Malaysia juga benci kekerasan serta kezaliman dan berharap pesalah tu dikenakan hukuman yang sewajarnya.

JAKARTA 22 Sept. – Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan di Malaysia.

Berang dengan kes terbaru membabitkan rogol dan dera terhadap seorang pembantu rumah Indonesia, mereka mengepung kediaman Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan mendesak beliau meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari.

Mereka juga mengancam untuk merayau-rayau di sebuah gedung membeli-belah berdekatan dan mengarahkan mana-mana rakyat Malaysia yang dijumpai supaya pulang ke Malaysia.

“Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Jika tidak, kami akan mengeluarkan semua barang di rumahnya.

“Malaysia sudah melampau. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pembantu rumah kami. Kami sudah hilang sabar. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya,” kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.

Penunjuk perasaan melaungkan ‘rakyat Malaysia kurang ajar’, menyanyikan lagu kebangsaan dan membawa sepanduk dengan mesej ‘Ganyang Malaysia’.

Tambah Mustar, anggota Bendera akan menghalang rakyat Malaysia yang berbelanja di pusat beli-belah Senayan City agar tidak berada di Indonesia dan keluar dengan segera.

Sumber

Budak Mati Tersepit Meja Lipat

IPOH – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjerit kesakitan sambil meminta tolong selama hampir 10 minit tetapi disebabkan ahli keluarganya menyangkakan semua itu gurauan, dia akhirnya meninggal dunia selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kuala Kangsar semalam.

Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku di Kampung Talang Hilir ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah bermain seorang diri di belakang rumah.

Dia dipercayai mengambil meja lipat yang diletakkan di tepi rumah dan memasukkan kepalanya di celah kaki barangan itu sebelum ia jatuh dan menyepit tubuhnya.

Dalam keadaan badannya terlentang dan kepala tersepit, Muhammad Irfan menahan kesakitan selama 10 minit sehingga tubuhnya bertukar kebiru-biruan.

Sumber

Bunuh Syafiah Humaira: Fazli dihukum Gantung Sampai Mati

SHAH ALAM 22 Sept. – Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mohd. Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira, 3, di sebuah padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada 25 Februari lalu. – Utusan

Indonesia Larang Calon Amah ke Malaysia

JAKARTA – Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar semalam melarang calon pembantu rumah pergi bekerja di Malaysia sehingga pemerintah republik itu mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru penganiayaan terhadap amah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lalu.

Kejadian itu, katanya, menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi.

“Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.

Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.

P/S: Ok jugak tu..aku pun kasihan bila dengar dan tengok diorang kena dera. Datang nak cari rezeki..tapi bala yang jumpa..

Sumber

Penagih Dadah Terengganu Meningkat 1,366.67%

KUALA TERENGGANU – Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

“Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. – Bernama

Sumber

Gadis Bakal Juruterbang Rentung

KULAIJAYA – Impian Dione Wong Yong Chin, 19, untuk menjadi juruterbang profesional terkubur akhirnya apabila dia terbunuh selepas pesawat No. 9 MHKI Liberty yang dinaikinya semasa ujian latihan penerbangan terhempas di Ladang Seri Pulai di sini pukul 9.20 pagi semalam.

Yong Chin yang merupakan jurulatih juruterbang dari KL International Flying Academy Sdn. Bhd., Senai ditemui dalam keadaan rentung setelah pesawat ringan dua tempat duduk itu terbakar sejurus terhempas.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi mangsa, Kapten Zaini Ramli, 38, dari Jabatan Penerbangan Awam yang melakukan ujian penerbangan Practice Pilot Licence bagaimanapun terselamat apabila berjaya merangkak keluar daripada pesawat.

Sumber

Katy Lim Li Lian Hina Islam Dalam Facebook

Seorang wanita yang dikenali sebagai Katy Lim Li Lian telah menghina Allah melalui laman Facebook. Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) pun telah membuat laporan polis agar siasatan dapat dibuat seterusnya tindakan dapat diambil keatas wanita itu.

Aku pun heran kenapa la si Katy Lim Li Lian ni tak puas ati sangat ngan Allah dan agama Islam. Tapi yang pastinya tentulah sebab kurangnya kewarasan, tambahan pula buat sesuatu tanpa berfikir panjang. Ngko tunggula Katy Lim Li Lian..mana ngko nak lari..walaupun dah tukar profile Facebook tu..lambat laun kantoi jugak nanti.

Kepada korang semua..aku nak pesan la..kalau nak keluarkan statement tu..berfikirlah panjang-panjang dulu..yang paling penting..berfikiran waras. Jangan keluarkan statement yang boleh menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan kaum lain. Kalau ada selisih faham pun ngan seseorang yang bukan sebangsa atau seagama ngan korang, tak perlulah korang nak keluarkan statement yang menghina agama dan bangsa diorang. Tak adil macam tu. Hiduplah ngan harmoni di negara kita Malaysia ni.

Aku rase ada baiknya kalau Facebook boleh tapis statement yang berunsur penghinaan kepada sesebuah bangsa dan agama bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tak diingini.