Jaga lidah & perkataan

”Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain”

Hadis Nabi 19

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.” (Riwayat Muslim)

Hadis Nabi 18

Daripada Ibnu Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: Penuhilah keperluan mereka (fakir dan miskin) pada hari (Aidilfitri) itu (agar mereka tidak meminta-minta).

Hadis Nabi 17

Abu Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa: Daku telah mendengar bahawa Rasulullah bersabda: “Puasa adalah sebagai perisai selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut”.

Paling rendah darjat, nista

Siapa orang yang paling rendah darjatnya? Sokrates menjawab, “Orang yang tidak percaya pada sesiapa pun dan tidak dipercayai oleh sesiapa pun.” Dan siapakah orang yang paling nista? Sokrates menjawab,”Orang yang dimohon maaf tapi tidak mahu memaafkan.”

Kata-kata Imam Syafie

Jika ditanya orang sesuatu masalah, kadang-kadang saya diam tanpa berkata walau sepatahpun. Saya diam sehinggalah saya mengetahui yang mana lebih baik, diam atau bercakap.

Saya tidak pernah kenyang sejak berusia enam belas tahun kerana banyak makan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangkan kecerdasan, menumpulkan otak, membuat mengantuk dan melemahkan kemahuan untuk beribadat.

Takjub kepada diri sendiri

Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira kerananya.

– Sokrates –