Pertandingan Tidur di Madrid

MADRID – Sejumlah peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tidur sekejap di sebuah pusat beli-belah di sini. Peserta-peserta dalam lima kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk tidur di atas bangku berwarna biru dalam pertandingan itu.

Sebuah kumpulan, Persatuan Rakan-Rakan Tidur Sekejap menganjurkan pertandingan itu yang bermula semalam dan berlangsung selama sembilan hari.

Hadiah utama ialah wang tunai AS$1,410 (RM4,349).

Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempromosikan tidur selepas waktu makan yang merupakan tradisi Sepanyol yang semakin terhakis akibat gaya hidup moden.

Peserta-peserta akan mendapat markah bagi kategori individu pertama yang terlelap, berdengkur paling kuat, kedudukan tidur terbaik dan pakaian tidur terbaik.

Doktor-doktor hadir untuk memeriksa sama ada para peserta itu betul-betul tidur. – AP

Sumber

Advertisements

Zack or Zakiah?

Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai..

Setelah Besar… Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian… Zack tidak lagi menghantar sebarangberita…

Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah…

Setelah lebih 5 tahun… barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang…

Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya…

Semasa menunggu Zack di lapangan terbang… Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat.

“Kamu Azura kan?” tanya gadis Cun itu… lantas menyambung…
“Kenalkan aku Zakiah… .! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia… ..” tegas gadis tersebut

Azura pucat dan hendak menangis…
“Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi… ” marah Azura..

Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata… .

“Bawa bertenang… ini akulah … .Zack!!! nama baruku Zakiah.
Auwwww… .”

kwang,kwang,kwang… … … … ..

The Right Time At The Right Place..

Korang perhatikan gambar ni..gambar-gambar ni diambil pada tempat dan waktu yang tepat. Ada sesetengahnya kreatif dan lucu..

Direbus hidup-hidup (18SG)

Seorang pelancong telah ditangkap dan direbus hidup-hidup oleh sekumpulan kaum kanibal di China. Saksikan…

Kalaulah Binatang Ada Facebook

Kalau binatang ada fb, agak-agak beginilah komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm korang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! …

Cicak : Isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

Katak : Malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular : Rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Malam tadi berjaya takutkan manusia..lintang pukang diorang lari..hahah

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing : Update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas : Merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee….

Itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. …nk tiru aku le tu.. lol….

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. 😦

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: Macam mana nak kurus nie?

Hadiah Hari Jadi

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Jenab. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Jenab Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Jenab Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Jenab,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Jenab Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Jenab Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Jenab Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Jenab Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Jenab. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Jenab Pakai Depan Usop. Usop Harap Jenab Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Jenab…

P/S : Kalau Jenab Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul

Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Jenab Tu…!!!!! Hahaha!

Tupai Lawan Pedang

MARIKH – Tiga ekor tupai dilihat sedang berlawan menggunakan pedang laser. Kejadian ini dikatakan berpunca daripada perebutan kawasan. Pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan pergaduhan berpunca daripada perebutan teman wanita untuk musim mengawan akan datang. Seekor saksi yang juga seekor burung belatuk berkata, pergaduhan itu berlarutan selama 3 hari 3 malam. “Pergaduhan ini agak sengit..masing-masing tak nak mengalah..mereka hanya berhenti sekejap untuk buang air” katanya ketika ditemubual. Bagaimanapun menurutnya lagi, ketiga-tiga tupai itu akhirnya menemui ajal pada hari ke-4 mereka berlawan kerana keletihan dan kebuluran.