Pertandingan Tidur di Madrid

MADRID – Sejumlah peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tidur sekejap di sebuah pusat beli-belah di sini. Peserta-peserta dalam lima kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk tidur di atas bangku berwarna biru dalam pertandingan itu.

Sebuah kumpulan, Persatuan Rakan-Rakan Tidur Sekejap menganjurkan pertandingan itu yang bermula semalam dan berlangsung selama sembilan hari.

Hadiah utama ialah wang tunai AS$1,410 (RM4,349).

Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempromosikan tidur selepas waktu makan yang merupakan tradisi Sepanyol yang semakin terhakis akibat gaya hidup moden.

Peserta-peserta akan mendapat markah bagi kategori individu pertama yang terlelap, berdengkur paling kuat, kedudukan tidur terbaik dan pakaian tidur terbaik.

Doktor-doktor hadir untuk memeriksa sama ada para peserta itu betul-betul tidur. – AP

Sumber

Advertisements

Direbus hidup-hidup (18SG)

Seorang pelancong telah ditangkap dan direbus hidup-hidup oleh sekumpulan kaum kanibal di China. Saksikan…

Tupai Lawan Pedang

MARIKH – Tiga ekor tupai dilihat sedang berlawan menggunakan pedang laser. Kejadian ini dikatakan berpunca daripada perebutan kawasan. Pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan pergaduhan berpunca daripada perebutan teman wanita untuk musim mengawan akan datang. Seekor saksi yang juga seekor burung belatuk berkata, pergaduhan itu berlarutan selama 3 hari 3 malam. “Pergaduhan ini agak sengit..masing-masing tak nak mengalah..mereka hanya berhenti sekejap untuk buang air” katanya ketika ditemubual. Bagaimanapun menurutnya lagi, ketiga-tiga tupai itu akhirnya menemui ajal pada hari ke-4 mereka berlawan kerana keletihan dan kebuluran.

Gambar Kelakar Sukan Gusti

Hahahah! Gambar kelakar dari Sukan Gusti. Memang lawak..siap kepala masuk lam seluar dalam agi.

Haiwan Kacukan

Salam semua..aku nak kongsikan ngan korang haiwan kacukan yang ada lam dunia ni. Percaya atau tidak terpulang kepada kebijaksanaan korang dalam ilmu sains..heheh.

photoshopanimal

Burung Buntal Tua – Hasil kacukan Burung Kakak Tua dan Ikan Buntal

photoshopanimal

Kuda Lionfish Belang – Hasil kacukan Kuda Belang dan Ikan Lionfish

photoshopanimal

Gaphin – Hasil kacukan Gajah dan Dolphin

photoshopanimal

Anjingmas – Hasil kacukan Anjing dan Ikan Emas

photoshopanimal

Ikan Badak – Hasil kacukan Ikan Haruan Tasik dan Badak Air

photoshopanimal

Ikan Parima – Hasil kacukan Ikan Pari dan Rama-Rama

photoshopanimal

Ikan Jecing – Hasil kacukan Ikan Jerung dan Kucing

photoshopanimal

Ikan Singa – Hasil kacukan Ikan Lionfish dan Singa

photoshopanimal

Bulldog Laut – Hasil kacukan Anjing Laut dan Anjing Bulldog

photoshopanimal

Ikan Buncing – Hasil kacukan Ikan Buntal dan Kucing

photoshopanimal

Anjah Laut – Hasil kacukan Anjing Laut dan Gajah

photoshopanimal

Belikan – Hasil kacukan Belalang dan Ikan

photoshopanimal

Walcimzee – Hasil kacukan Walrus dan Cimpanzee

photoshopanimal

Kangadol – Hasil kacukan Kangaroo dan Dolphin

photoshopanimal

Burung Unta Mutiara – Hasil kacukan Burung Unta dan Tiram

photoshopanimal

Ikan Jenacing – Hasil kacukan Ikan Jenahak dan Kucing

photoshopanimal

Ular Udang – Hasil kacukan Ular dan Udang

Hangat!! Design Kasut Terbaru di Pasaran

Yang ni kasut yang dibuat daripada kulit tikus. Tapi bukan sahaja kulit, lengkap ngan kepala, kaki, mata, hidung. Kalau nak beli kasut ni, pengeluarnya pesan jangan biar dekat ngan kucing. Nanti kucing terkam.

Kasut ni pula direka khas siap ngan pemain MP3. Dengar radio pun boleh. Anda boleh cuba. Buat raya pun ok ni. Bleh pasang lagu raya.

Haa..yang ni plak kasut yang dibuat daripada ikan. Kalau tak silap aku ikan tongkol. Design lain pun ada. Ada yang dibuat daripada ikan merah, ikan parang dan ikan kelisa. Ikan buntal pun ada. Selain boleh dipakai, kasut ini juga sedap kalau digoreng atau dimasak asam pedas.