AC Mizal Bergelar Datuk

Seperti yang kita sedia maklum, Sultan Pahang adalah sultan paling pemurah dalam memberikan darjat kebesaran bergelar Datuk ini. Dan kali ini, rezeki buat AC Mizal apabila hujung tahun 2010 ini akan berlaku majlis penganugerahan mengikut istiadat untuk gelaran datuk itu buatnya.

Gelaran “datuk” itu sudah dibenarkan pihak Istana untuk digunakan AC, tetapi sampai sekarang masih belum digunakannya.

“Gelaran itu satu anugerah kepada saya. Ia bagus untuk bisnes yang sedang saya jalankan sekarang, namun begitu buat masa ini saya belum berani untuk mengunakannya kerana belum menghadari majlis penganugerahan.”

Sure ramai yang pelik kenapa AC Mizal ni dapat penganugerahan Datuk? Apa sumbangan dia dalam industri dan untuk negara? Jawapannya mudah selepas hampir satu tahun AC Mizal yang juga merupakan pengurusi AC Konsortium Sdn Bhd menjalakan perniagaan. Jadi anugerah itu diberikan kepadanya sebagai artis yang berjaya di dalam perniagaan.

AC Mizal juga mungkin akan bersara dalam masa 2 tahun ini selepas habis kontrak bersama Astro bagi menumpukan sepenuhnya karier’nya yang kini sebagai ahli perniagaan.

Harap-harap AC akan contohi resmi padi..makin tunduk bila berisi. Selepas bergelar datuk ni, nampaknya semakin kencang la bisnes AC ye..

Hahh!! Biar Betul!! Roslin Hashim Bercerai Lagi??

Aku pasti ramai yang terkejut apabila mendengar berita tentang Roslin Hashim memfailkan penceraian beliau dengan isteri yang baru dinikahinya sebulan yang lepas. Kontroversi betullah Roslin Hashim ni. Sebelum ni pun Roslin Hashim pernah menggemparkan Malaysia bila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad pada 30 Januari 2009 hanya kekal selama 12 hari je.

Roslin ngan bekas isteri pertama, Faizah

Selepas bercerai dengan Faizah Mohamad, Roslin Hashim mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Othman, 32, pada 9 Julai 2010. Namun, sekali lagi rumah tangga yang dibina kali ke-2 ni pun runtuh dalam usia yang amat mentah. Roslin..Roslin..ingatkan yang ni kekal la.

Ape pun..kita semua janganlah buat andaian melulu terhadap kes ini. Kita tidak tahu apa masalah diorang. Tapi aku rasa mesti banyak pihak yang menyalahkan Roslin dalam hal ni terutamanya kaum Hawa.

Saman Ke Atas Nabil Dibatal & Kes Raja Azura Antara Isu Panas

Terdapat dua saman melibatkan artis yang ditarik balik baru-baru ini. Nampaknya, aktor Nabil dan penyampai radio Linda Onn sudah boleh menarik nafas lega apabila saman mereka ditarik balik.

Syarikat SDAF pictures yang memfailkan saman terhadap Juara rancangan Raja Lawak, Nabil pada Februari tahun ini kerana melanggar kontrak promosi dan memperlekehkan filem lakonannya sendiri, Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

SDAF pictures telah membatalkan saman tersebut.

Bukan itu sahaja, SDAF Pictures bersetuju membayar semula baki bayaran yang tertunggak dan memberi pampasan kos guaman yang ditanggung oleh Nabil dalam kes ini.

Sementara itu, Fahrin membatalkan hasratnya untuk meneruskan saman terhadap Linda beberapa bulan lalu dan Linda juga beretuju untuk tidak meneruskan apa-apa tidnakan terhadap Fahrin.

Linda juga berkata secara professional dia tidak kisah sekiranya digandingkan bersama untuk apa juga acara melibatkan mereka berdua.

Pada 25 Januari lalu, Fahrin membuat sidang media untuk menyaman Linda kerana wanita itu dikatakan telah melakukan fitnah termasuk menuduh Fahrin sebagai kaki pukul.

Polis Dakwa Ameng Positif Dadah


Ujian yang dilakukan terhadap spesimen air kencing yang diperoleh daripada penyanyi kumpulan Spring, Ameng menunjukkan keputusan positif dadah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, Sarjan Halimi Jarkasi pada perbicaraan di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu sedang dibicarakan atas pertuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada pukul 3.45 pagi, 2 April lalu di IPD Sentul.

Ameng dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 12 Mei lalu, di mana dia mengaku tidak bersalah. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bekas Isteri Akhil Hayy Selamat Diijabkabul


Bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, selamat bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, pada Isnin lalu di Ipoh, Perak.

Maiza tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta tujuh dulang hantaran. Sementara pihak lelaki menerima lima dulang hantaran daripadanya.

Kak Engku Ke Mahkamah Bukan Sebab Cerai


Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura,38, menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam 3 Ogos lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan.

Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, adalah berita yang tidak benar sama sekali.

Malah katanya, buat masa ini dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka menjalankan peranan sebagai suami isteri seperti biasa.

David Teo, Idham Masih Sah Ahli Lembaga Pengarah Finas


Pelantikan dua penerbit filem David Teo dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) adalah sah mengikut peraturan undang-undang.

Finas juga menganggap tuduhan Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) kononnya terdapat konflik kepentingan (conflict of interest) sebilangan ahli lembaga pengarah agensi itu adalah sesuatu yang bersifat buruk sangka.

Pengerusi Finas, Datuk Mohammed M.Daud berkata, PFM perlu membuktikan dakwaan mereka itu benar kerana sehingga hari ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab terhadap Finas mendapati tidak wujud konflik seperti yang didakwa.

Sumber