Dahulu Paul, Sekarang Jesicca

LONDON – Seorang ketua balai bomba di Britain mengejutkan kakitangannya apabila dia kembali sebagai seorang wanita selepas bercuti, lapor sebuah akhbar semalam.

Paul Canning, 45, kembali daripada percutian lima minggu dengan memakai mekap dan rambut palsu seterusnya memberitahu:” Mulai hari ini, panggil saya Jessica,”.

Kakitangan balai bomba di sini dipanggil dalam satu mesyuarat oleh pihak atasan bagi memaklumkan mengenai perubahan jantina ketua mereka baru-baru ini.

Para petugas diberi peringatan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan disiplin jika tidak merujuk ketua mereka dengan menggunakan ganti nama wanita ‘she’ atau ‘cik’.

Rakan-rakannya berkata, Paul mahu menjalani pembedahan pertukaran jantina sepenuhnya tetapi dia perlu hidup sebagai seorang wanita selama 18 bulan sebelum dibenarkan berbuat demikian menurut undang-undang Britain.

Difahamkan, ketua balai bomba itu pernah berkahwin dengan mempunyai seorang anak. – Agensi

Telur Ayam Bulat Macam Bola

CORNWALL – Seorang chef masakan berusia 27 tahun, James Church terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya sedang bekerja pada waktu pagi dengan memecahkan telur dan membuat sarapan seperti biasa. Saya kemudian mengeluarkan satu bekas dan kemudian terlihat telur ini,” kata Church yang menceritakan penemuan unik itu.

Menurutnya, dia berasa tergamam seketika sebelum memanggil semua orang yang berada di dapur untuk melihatnya.

Dia berkata, mereka turut kagum kerana tidak pernah melihat telur unik itu.

Church yang bekerja selama lapan tahun sebagai tukang masak membuat keputusan untuk menyimpan telur unik itu. – Agensi

Sumber

Kanak-kanak 3 tahun seberat 63.50kg

BEIJING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, selatan China kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya.

“Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya,” kata ibunya.

Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon.

Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg.

Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak Guangdong, Lu Hong berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.

“Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya,” kata Hong. – Agensi

Sumber

Anak Biri-biri Berkaki Dua

Anak biri-biri berkaki dua telah dilahirkan di wilayah Shandong, China. Anak biri-biri ini milik seorang petani. Ia mampu berdiri menggunakan hanya dua kaki tersebut. Namun begitu, menurut pakar, ia akan menghadapi masalah apabila dewasa di mana beratnya bertambah. Kemungkinan ia tidak dapat berdiri lagi.

Badak Air Berwarna Merah Jambu

MASAI MARA, Kenya – Seekor badak air jantan yang berwarna merah jambu ditemui di sini pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua jurugambar hidupan liar, Will dan Matt Burrard-Lucas dari Britain telah merakamkan gambar badak air itu setelah mendengar berita mengenai haiwan tersebut.

“Haiwan itu keluar ke daratan selama kira-kira 10 minit atau kurang daripada itu. Selepas itu, kami mengesan kepala haiwan itu yang berwarna merah jambu berada di atas permukaan air setiap beberapa minit semasa ia mahu menyedut udara.

“Ia juga amat malu dan selepas mengesan kehadiran kami, haiwan itu bersembunyi di belakang ibunya sebelum hilang ke dalam air,” kata Will. – Agensi

Sumber

Ibu-ibu Paling Ganjil di Dunia

Ibu yang melahirkan paling ramai anak kembar hidup (8 bayi). Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez (US).

Lina Medina dari Peru menjadi ibu paling muda dalam sejarah apabila melahirkan bayi ketika berumur 5 tahun 7 bulan.

Selepas menunggu selama 40 tahun untuk mendapatkan anak, akhirnya Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak sulungnya pada November 2008, ketika berumur 70 tahun. Ini menjadikan dia sebagai ibu paling tua yang melahirkan anak sulung.

Shuya dari Russia direkodkan dalam Guinness Book of Records, sebagai ibu yang melahirkan paling ramai anak dalam sejarah apabila melahirkan seramai 69 orang anak dengan mengandung sebanyak 27 kali.

Thomas Beatie diiktiraf sebagai ‘ibu’ lelaki pertama di dunia. Dia dilahirkan sebagai perempuan tetapi melakukan pembedahan menukar jantina. Isterinya Nancy tidak dapat mengandung atas sebab kesihatan jadi Thomas telah bersetuju untuk melahirkan anak mereka dengan menggunakan sperma penderma.

Inilah ibu yang terkecil di dunia. Stacey Herald, 36 daripada Kentucky USA. Tingginya hanya 2 kaki 4 inci. Sekarang ni dah ada 3 orang anak pun.

Lembu Bertanduk Tiga di China


HEBEI, China – Seekor lembu yang memiliki tanduk seperti kuda unikorn menjadi tarikan utama para pelancong di sebuah ladang di wilayah Hebei, China baru-baru ini.

Pemiliknya yang juga seorang petani, Jia Kebing memberitahu dia menyedari terdapat satu benjolan kecil di dahi lembunya ketika ia dilahirkan dua tahun lalu.

Namun, Jia tidak menjangka ia akan tumbuh menjadi tanduk sepanjang 20 sentimeter (sm).

“Ladang saya menjadi popular disebabkan oleh lembu ini. Orang ramai datang ke sini semata-mata untuk melihatnya,” kata Jia yang berasal dari Baoding. – Agensi

Sumber