Hos TV Tersilap Umum Pemenang

SYDNEY – Para penerbit rancangan televisyen pencarian model terkenal, Australia’s Next Top Model menanggung malu selepas hos yang juga seorang supermodel, Sarah Murdoch mengumumkan nama pemenang yang salah pada malam kelmarin.

Akhbar-akhbar menyifatkan kesilapan mengumumkan pemenang itu sebagai insiden televisyen yang paling pelik pernah berlaku di Australia.

Sarah yang merupakan menantu kepada taikun media Australia, Rupert Murdoch hampir menangis apabila menyedari bahawa dia tersilap mengumumkan kemenangan Kelsey Martinovich, 19, dari Sydney sebagai pemenang siri terakhir yang disiarkan oleh Foxtel TV secara langsung.

Stesen Foxtel dimiliki oleh syarikat telefon Telstra, News Corp milik Rupert Murdoch dan firma Consolidated Media Holdings.

Martinovich sudah menyampaikan ucapannya sebelum Sarah mendapati pemenang sebenar ialah Amanda Ware dari Gold Coast yang berusia 18 tahun berdasarkan undian orang ramai.

“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan sekarang. Saya minta maaf. Inilah yang berlaku apabila anda menonton siaran secara langsung. Semua ini gila, gila, gila,” kata Sarah di hadapan 2,000 penonton.

Pengarah Publisiti Foxtel, Jamie Campbell menyalahkan komunikasi yang tidak jelas antara beberapa pengarah siri tersebut di dalam bilik kawalan penyiaran dengan Sarah yang berada di atas pentas.

Juri dan pereka fesyen, Alex Perry memberitahu radio Sydney, Sarah telah melakukan kesilapan besar sambil menafikan tuduhan media yang menyatakan kesilapan itu bertujuan untuk meraih publisiti.

Martinovich mungkin hanya memegang status juara Australia’s Next Top Model buat seketika tetapi ia bukanlah satu berita buruk.

Stesen Foxtel mengesahkan bahawa dia tetap akan menerima hadiah wang tunai sebanyak A$19,360 (RM59,982) dan lawatan ke New York sebagai hadiah sagu hati.

Ware yang diumumkan pemenang baru memenangi hadiah wang tunai A$19,360 (RM59,982), penampilan dalam majalah Harpers Bazaar, kontrak peragaan, lawatan ke New York dan sebuah kereta. – Reuters

Sumber

Top 10 Kereta Selebriti Termahal

Mari kita tengok selebriti mana yang mempunyai kereta yang paling mahal. Saksikan..

10. Kim Kardashian – Ferrari F430
Harga: $186,925.

9. Paris Hilton – Bentley GT Continental
Harga: $285,000

8. P. Diddy – Maybach
Harga: $360,000

7. David Beckham- Custom Rolls-Royce Phantom Drophe
Harga- $407,000 tidak termasuk aksesori

6. Jay Leno – Mercedes SLR McLaren
Harga: $450,000

5. Nicolas Cage – Ferrari Enzo
Harga: $670,000

4. Jerry Seinfeld – Porsche 959
Harga: $700,000

3. Simon Cowell – Bugatti Veyron
Harga: $1,700,000

2. Rapper Birdman- Bugatti Veyron
Harga: $2 Million

1. Jay Z- Maybach Exelero
Harga: $8,000,000

Sumber

Paris Hilton Mengaku Miliki Dadah

LAS VEGAS 21 Sept. – Paris Hilton semalam mengakui dia memiliki kokain di dalam dompetnya dan mengaku bersalah atas dua tuduhan kesalahan kecil yang berpunca daripada penangkapannya bulan lalu di sebuah hotel kasino di sini.

Dia akan menjalani tempoh percubaan selama setahun dan mengelak daripada disabit atas kesalahan jenayah di bawah syarat rayuan yang dipersetujui bersama pendakwa raya.

Pewaris empayar Hilton itu mengaku bersalah memiliki dadah dan menghalang seorang pegawai melaksanakan tugasnya.

Hilton, 29, perlu menamatkan satu program penyalahgunaan dadah, membayar denda berjumlah AS$2,000 (RM6,400) dan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam. – AP

Sumber

Senarai Skandal Tiger Woods

Tiger Woods akhirnya bercerai dengan isterinya, Elin Nordegren hari ini. Jom kita imbau kembali punca yang membawa kepada perceraian ini. Gambar kat bawah ni adalah senarai teman wanita Woods.

Women of Tiger

Loredana Jolie PictureJulie Postle PhotoTheresa Rogers Pic

Senarai teman wanita Tiger Woods

1. Rachel Uchitel.

2. Jamie Grubbs.

3. Kalika Moquin.

4. Jamie Jungers.

5. Mindy Lawton.

6. Cori Rist.

7. Holly Sampson.

8. Joslyn James.

9. Loredana Jolie.

10. Julie Postle.

11. Theresa Rogers.

12. Raychel Coudriet.

Tiger Woods Akhirnya Bercerai

Jaguh golf dunia, Tiger Woods akhirnya bercerai secara rasmi dengan isterinya Elin Nordegren yang juga seorang model.

Pasangan itu berpisah selepas skandal seks Woods dengan dengan lebih sepuluh orang wanita terdedah satu persatu.

Woods telah cuba untuk menyelamatkan rumahtangga mereka namun Elin Nordegren tetap ingin berpisah. Butiran perceraian tidak didedahkan dan khabarnya Nordegren bakal menerima sebahagian daripada harta Woods dan mungkin mencecah $100 juta. Mereka dikatakan akan bersama menjaga dan membesarkan anak mereka.

Artis Penyebar HIV Berdepan Hukuman Penjara

Nadja BenaissaKetua band wanita No Angels iaitu Nadja Benaissa, 28 berdepan dengan hukuman penjara di antara enam bulan hingga 10 tahun sekiranya didapati bersalah atas dakwaan menyebarkan virus kurang daya tahan manusia (HIV) kepada tiga lelaki yang menidurinya.

Nadja masih melakukan hubungan seks dengan kesemua pasangannya itu walaupun dia mengetahui dirinya positif HIV. Perbuatannya itu merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang Jerman.

Kes mahkamah Nadja, ibu kepada Laila Jamila, 11, bermula selepas bekas kekasihnya yang berusia 38 tahun membuat laporan polis. Akibatnya, Nadja ditahan semenjak April lalu. Polis menahan penyanyi seksi itu sejurus sebelum dia memulakan persembahan di sebuah kelab malam di Frankfurt.

Sumber

Lindsay makin selekeh di penjara

HOLLYWOOD: Lindsay Lohan dikhabarkan mungkin keluar dari penjara dalam keadaan tidak terurus kerana selama di penjara dia tidak dibenarkan untuk berdandan sama sekali.

Menurut sumber penjara wanita Lynwood di California, Lindsay hanya dapat membersihkan diri ketika di bilik air penjara yang mempunyai ruangan sempit dan kotor. Bilik air itu juga tidak mempunyai cermin panjang, apalagi pengering rambut.

Kakitangan penjara juga dikatakan tidak sabar menunggu Lindsay dibebaskan kerana pelakon Mean Girls ini sering menjadi tumpuan pihak media walaupun ketika di penjara.

Mereka dikatakan berasa rimas dengan tindakan media yang sering mencungkil maklumat sepanjang pelakon berusia 24 tahun itu menjalani hukuman.

Menurut jurumekap dan pendandan rambut Lindsay, mereka sudah dihubungi pengurus Lindsay supaya bersedia mendandan pelakon itu sebaik dia dibebaskan.

Sementara itu Lindsay dilaporkan menerima sebanyak 250 keping surat daripada peminatnya setiap hari sepanjang di penjara.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan membaca 20 keping surat bagi dua sesi dalam sehari. Pelakon itu juga perlu memulangkan semula kiriman yang sudah dibaca bagi mendapatkan kiriman yang baru. Semua baki kiriman daripada peminatnya akan diberikan selepas dia keluar dari penjara kelak.

Ibu Lindsay, Dina berkata, dengan membaca surat peminat sekurang-kurangnya dapat menenangkan pelakon itu berikutan dia tidak diberi kemudahan telefon bimbit untuk menghubungi keluarga atau rakannya.
Lindsay yang sudah menjalani 11 daripada 90 hari hukuman dijangka bebas pada minggu hadapan.

Sumber