Telur Ayam Bulat Macam Bola

CORNWALL – Seorang chef masakan berusia 27 tahun, James Church terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya sedang bekerja pada waktu pagi dengan memecahkan telur dan membuat sarapan seperti biasa. Saya kemudian mengeluarkan satu bekas dan kemudian terlihat telur ini,” kata Church yang menceritakan penemuan unik itu.

Menurutnya, dia berasa tergamam seketika sebelum memanggil semua orang yang berada di dapur untuk melihatnya.

Dia berkata, mereka turut kagum kerana tidak pernah melihat telur unik itu.

Church yang bekerja selama lapan tahun sebagai tukang masak membuat keputusan untuk menyimpan telur unik itu. – Agensi

Sumber

Lembu Berkepala Dua di Serbia


SOPOCANI – Seekor anak lembu berkepala dua dilahirkan di sebuah ladang di Sopocani, Serbia, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang petani, Radomir Timotijevic, pada mulanya enggan mematuhi arahan doktor haiwan yang menasihatinya membunuh anak lembu tersebut selepas ia dilahirkan lebih sebulan lalu.

“Saya tidak akan membiarkan anak lembu itu menderita.

“Saya menyusukan anak lembu itu dengan sebiji botol dengan tangan dan ia kini sudah mengenali suara saya dan mengekori ke mana sahaja saya pergi,” kata Radomir. – Agensi

Sumber

Hangat!! Design Kasut Terbaru di Pasaran

Yang ni kasut yang dibuat daripada kulit tikus. Tapi bukan sahaja kulit, lengkap ngan kepala, kaki, mata, hidung. Kalau nak beli kasut ni, pengeluarnya pesan jangan biar dekat ngan kucing. Nanti kucing terkam.

Kasut ni pula direka khas siap ngan pemain MP3. Dengar radio pun boleh. Anda boleh cuba. Buat raya pun ok ni. Bleh pasang lagu raya.

Haa..yang ni plak kasut yang dibuat daripada ikan. Kalau tak silap aku ikan tongkol. Design lain pun ada. Ada yang dibuat daripada ikan merah, ikan parang dan ikan kelisa. Ikan buntal pun ada. Selain boleh dipakai, kasut ini juga sedap kalau digoreng atau dimasak asam pedas.